Anak Muda Malaysia Harumkan Nama Negara Di India

Sejak Majlis Olimpik Malaysia mengumumkan bahawa acara sukan luncur ombak akan dipertandingkan di Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filipina pada bulan November ini, para peluncur tempatan kita semakin berkobar semangat dan mula berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka agar dapat membawa pulang pingat untuk negara tercinta Malaysia. 

Baru-baru ini, seorang anak muda Malaysia dari Kg Cherating telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Luncur Ombak Antarabangsa yang dianjurkan oleh RENextop Asia Surfing Tour.

“Suatu kepuasan yang amat sangat dan saya akan terus berlatih untuk melayakkan diri ke Sukan SEA nanti, Inshaa Allah”, kata Didaqt sejurus selepas memenangi tempat ketiga untuk kategori shortboard

Didaqt merupakan salah seorang di antara 11 orang peluncur ombak yang diterbangkan khas oleh SAFARI Xtreme Sports & Events (SAFARI X) ke Chennai, India bagi mewakili Malaysia di acara luncur ombak bertaraf antarabangsa itu.

Barisan peluncur ombak shortboard dan longboard terdiri daripada Didaqt Musaddiq 24, Mamat Daud 30, Yen Nasruddin 25, Semmy Hassan 24, dan Syahir Hayu 25.  

Selain Didaqt, dua orang peluncur ombak SAFARI X wanita iaitu Mona Rasidah, 34 tahun dan Qadeja Musaddiq, 18 tahun turut berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir. Ini adalah pengalaman pertama Qadeja di peringkat antarabangsa dan menyifatkan pengalaman ini sebagai “pengalaman yang sukar dilupakan”.

Seorang peluncur ombak Indonesia juga adalah di antara sembilan peluncur lelaki yang diterbangkan ke Chennai oleh SAFARI X. Peluncur ombak yang berasal dari Batu Karas, Indonesia, Arip Nurhidayat atau lebih dikenali sebagai Mencosini telah muncul juara bagi kategori longboard.

Tujuan SAFARI X menampilkan peluncur terkenal dari Indonesia ini adalah agar peluncur ombak Malaysia dapat belajar dari rakan mereka dari tim Indonesia.

“Semoga dengan pendedahan seperti ini dapat meningkatkan lagi peluang mereka untuk menyertai Sukan SEA di Filipina tahun ini”, kata Pengarah Urusan SAFARI X, Mushidy Ibrahim ketika ditanya mengenai program luncur ombak SAFARI X. Tambah Musyidi, “Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk anak-anak muda tempatan kita, semoga bakat dan sukan luncur ombak ini semakin maju di Malaysia.”

SAFARI X juga akan mengadakan pertandingan luncur ombak untuk mencari bakat-bakat muda bermula dari lima tahun hingga 16 tahun melalui acara tahunan SAFARI GROM SEARCH yang akan diadakan di Pantai Cherating, Pahang pada 13 – 15 Disember ini.




Archives

0 Reviews

Write a Review