EXPO JOM NIAGA JELAJAH JOHOR 2020

Berniaga sambil menderma menerusi hashtag sambilmeniaga sambilmenderma. itulah objektif dan matlamat yang cuba di capai didalam Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 yang bakal diadakan di 11 daerah di Negeri Johor Darul Takzim bermula 29 Januari hingga 23 Disember 2020. Bagi mencapai objektif dan matlamat ini, lebih 100 selebriti tempatan bakal menjayakan expo ini  menerusi pelbagai program dan aktiviti yang berbeza temasuklah acara persembahan, berniaga di bazaar, pertandingan memasak dan pertandingan pentas lawak.

Antara selebriti yang bakal menjayakan Expo ini adalah Dato Jamal Abdillah, Dato Afdlin Shauki, Jamal Mirdad, BPR, XPDC, Shidi Data, Poey Sting, Gimie Screen, Nizam Laksamana dan Presiden Persatuan Senimana Malaysia (Zed Zaidi) bersama sebahagian ahli-ahlinya. Turut sama menjayakan acara yang mendapat perhatian daripada kerajaan Negeri Johor adalah Azlan Typewriter, Aweera Pelita Lusoh, Moliano Love Hunters dan Khai Nizam.

Ekspo ini dianjurkan oleh Persatuan Peniaga & Penjaja Bazar Siang & Malam Negeri Johor.  Expo ini adalah satu usaha yang dilakukan bagi menyokong kerajaan negeri Johor dan Malaysia dalam mempromosikan tahun melawat Johor 2020 khasnya dan tahun melawat Malaysia amnya. Selain itu, ekspo ini juga diadakan bertujuan memperkenalkan budaya, kesenian dan makanan tradisi di setiap daerah Negeri Johor dan mempromosikan produk-produk usahaawan IKS di setiap daerah Negeri Johor

‘Memandangkan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 juga adalah salah satu program utama yang berada di dalam kalendar Tahun Melawat Johor 1010, maka pihaknya perlu mewujukan sebuah ekspo yang mampun menampilklan keunikan budaya dan cara hidup bangsa Johor kepada umum’

-Penyelaras Program Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 Encik Hairol Nazli Hamdan

Selain itu, ekspo ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan IKS dan ahli Persatuan Peniaga & Penjaja Bazar Siang & Malam Negeri Johor untuk memperkenalkan , meluaskan sertra meningkatkan taraf ekonomi menerusi produk-produk keluaran tempatan. Sebahagian daripada hasil jualan mereka ini nati akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang mengikuti expo ini.

Majlis perasmian akan di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal di destinasi jelajah pertama di Muar. manakala acara kemuncak dan penutup akan dilangsungkan di bandaraya Johor Bahru.  Expo ini mendapat sokongan daripada rakan rakan strategik sepert Johor Military Forcesm Yayasan JDT, Yayasan Tunku Laksamana Johor, Tourism Johor. Tourism Malaysia, radia Best FM , Persatuan Seniman Malaysia dan 15 agensi kerajaan yang lain

Acara Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 akan bermula di daerah

Muar – 29 Januari – 2 Februari 2020

Tangkak – 27 Februari – 1 mac 2020

Segamat – 26 Mac- 29 Mac 2020

Mersing – 25 Jun – 28 Jun 2020

Pasir Gudang – 23 Julai – 26 Julai 2020

Batu Pahat – 20 Ogos – 23 Ogos 2020

Kluang – 17 September -20 September 2020

Pontian – 1 Oktober – 4 Oktober 2020

Kota Tinggi – 29 Oktober – 1 November 2020

Kulai – 26 November – 29 November 2020

Johor Bahru – 23 Disember – 28 Disember 2020

Jangan lupa tandakan kalendar anda dan jumpa di sana nanti !! Informasi lanjut layari :

Facebook Ekspo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Pizza Hut dan Cili Letup

Read Next

realme Malaysia today launched its True Wireless Smart Assistant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *