Siapa Duta Terbaru Yobick Untuk Kempen 2020?

Terbaru DyDo Drinco Malaysia melantik secara rasmi Emma Maembong sebagai Duta Yobick bagi kempen 2020. Ini telah dikongsiakn oleh  Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia, Encik Takeshi Suma.

Emma Maembong Sebagai Duta Yobick

Perlantikan Fatimah Rohani Ismail atau Emma Maembong selain sebagai artis terkenal di Malaysia, beliau juga terpilih kerana kecantikan serta keperibadiannya yang positif menyamai jenama Yobick. Dalam masa sama ianya juga sebagai hebahan kepada umum mengenai minuman berasaskan yogurt yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk.

“Kami amat berbesar hati mengalukan Emma Maembong yang berbakat dalam keluarga Yobick. Keputusan melantik Emma sebagai duta adalah kerana keperibadian positif yang ada pada Emma sebagai seorang pelakon popular selain dari imej yang Yobick mahukan sebagai jenama. 

Kami dengan bangganya mengumumkan Yobick adalah 100% jenama dari Jepun. Minuman terbaharu kami mengandungi prebiotik yang membantu sistem penghadaman badan, mempunyai rasa tropika yang sedap dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan saya yakin Yobick akan menjadi minuman berasas yogurt pilihan ramai.

Perlantikan Emma sebagai duta kami adalah strategi Yobick untuk menembusi lebih luas lagi pasaran malaysia dan untuk memberitahu umum tentang manfaat kesihatan probiotik untuk kecantikan dalaman terutamanya kepada pelanggan wanita. Yobick adalah produk warisan Jepun dan kami ingin berkongsi kebaikan dan kualiti minuman yogurt kepada pasaran Malaysia”

Yobick Pineapple atau perisa nenas ini adalah langkah berani Yobick untuk terus terukir di pasaran minuman berasas yogurt. Yobick adalah jeama dari Jepun dan mula diperkenalkan ke pasaran kategori minuman berasas yogurt di Malaysia dengan perisa Original pada Mei 2018 diikuti dengan Yobick Sakura. Ia kemudiannya menjadi pilihan ramai pengguna lebih-lebih lagi dengan pengenalan produk Yobick Lite+ dengan campuran kolagen pada tahun 2019 dan terbaru, Yobick Pineapple.

Pelancaran Yobick Pineapple juga adalah usaha memperkembangkan produk Yobick secara berterusan untuk memenuhi kehendak pengguna Malaysia yang sukakan buah nanas memandangkan ia adalah buah tropika kegemaran tempatan.

Rangkaian Yobick Pineapple kini boleh didapati di pasaran dan mereka yang ingin merasai kebaikan perisa ini bolehlah berbuat demikian bersama keluarga dan rakan.

Peraduan Kongsi-Kongsi Bersama Yobick dan Vida

Bagi yang ingin menyertai peraduan “Kongsi-Kongsi Bersama Yobick dan Vida”, anda hanya perlu:

  1. membeli produk Yobick atau Vida di mana-mana cawangan 7-11 seluruh negara
  2. ambil foto bersama produk tersebut dengan rakan atau keluarga dengan cara yang kreatif
  3. seterusnya muat naik foto ke akaun Instagram peribadi masing-masing dengan hashtag #sharingyobickvida dan ‘mention’ @yobickmalaysia @vidamalaysia di dalam kapsyen
  4. pastikan akaun ditetapkan pada public

20 pemenang mingguan akan dipilih untuk memenangi RM228 tunai setiap minggu bagi tempoh 8 minggu tempoh peraduan. Terdapat juga pemennag mingguan khas dimana posting dengan  jumlah like terbanyak memenangi wang tunai sebanyak RM338.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat peraduan, layari:

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

realme Malaysia today launched its True Wireless Smart Assistant

Read Next

Abubakarxli Muncul Dengan Single NiNiNi dibawah Def Jam Asia Tenggara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *