Konsert Nusa Fest Ditangguh, Tak Mahu Ambil Risiko Koronavirus

Festival Nusa Fest yang menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2020 di Bandar Malaysia, Sungai Besi terpaksa ditunda disebabkan penularan Koronavirus yang semakin meningkat di serata dunia.

Walaupun kecewa kerana festival yang dinanti-nantikan ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh lain, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects Sdn Bhd tidak mahu mengambil risiko kerana ia melibatkan ramai pihak dari tiga buah negara.

“Siapa tak sedih? Kami dah usahakan untuk menggabungkan artis-artis terkenal tanahair dan dari negara jiran hanya untuk festival ini. Saya rasa tak pernah lagi sesiapa menggabungkan bakat-bakat hebat seperti ini dalam satu konsert and it’s about time!

“Walau bagaimanapun, kami tak boleh ambil mudah dengan masalah penularan Koronavirus yang melanda seluruh dunia, jadi pihak kami dengan persetujuan semua artis yang terlibat bersetuju untuk menangguhkan Nusa Fest ke bulan Julai, pada satu tarikh yang akan ditentukan nanti.

“Penjualan tiket masih berjalan seperti biasa. Namun, mereka yang sudah membeli tiket untuk bulan Mac ini, boleh membuat pulangan tiket semula.

“Jikalau ada artis yang tidak dapat membuat persembahan pada hari tersebut kerana sudah terikat dengan projek lain, kami akan mencari pengganti yang setanding dengan mereka supaya tidak menghampakan peminat,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim di sidang media Nusa Fest di Alila Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam.

Peminat-peminat Butterfingers, Cromok, Exists Reunion, Gerhana Skacinta, Iqbal M, Joe Flizzow, K-Clique, Caprice & Badboi, Maliq & D’Essentials, Padi Reborn, Raisa, Rusty Blade, Tulus dan ramai lagi sudah tentu tidak sabar untuk melihat artis solo dan berkumpulan kegemaran mereka beraksi di atas satu pentas dalam konsert selama dua hari itu.

Tiket dijual pada harga RM100 (sehari) dan RM175 (duar hari) untuk pakej ‘early bird’, manakala tiket normal dijual pada harga RM125 (sehari) dan RM200 (dua hari) dan tiket VIP berharga RM800 untuk dua hari. Sudah tentu harganya sangat murah untuk barisan artis hebat seperti itu bukan??

Tiket boleh dibeli menerusi www.myticket.asia bermula 16 Januari lalu.

Kredit Foto: @zamanphotography

Oleh: Del

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Ikut Hati Nak Kahwin Kat Padang Bola Je…” – Joe Flizzow

Read Next

Amyra, Amar Pilih Ayra Aryssa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *