Anugerah Juara Lagu Ke 34 Milik Siapa Agaknya?

Debaran Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) semakin dirasai! 12 karya terbaik akan dipertandingkan pada malam ini yang bakal dibawakan oleh penyanyi-penyanyi berbakat besar tanah air. Anugerah berprestij ini akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. 

Semarakkan kemeriahan AJL 34 dengan tema ‘Warna Warna Suara’ dengan gandingan trio hebat iaitu Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku pengacara AJL 34. Persembahan pembuka tirai AJL 34 membariskan para pemenang vokal terbaik AJL yang lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami. 

Persembahan interlude AJL 34 pula akan menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri. Lagu-lagu seperti ‘Sampai Hati’, ‘Kerana’, ‘Kenangan Lalu’, ‘Memburu Rindu’, Suatu Masa’ dan ‘Srikandi Cintaku’ akan didendangkan pada segmen ini.

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, sebanyak 12 karya akan berentap demi bergelar Juara Lagu. Selain itu, kategori yang turut dipertandingkan adalah Naib Juara, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik, dan Persembahan Terbaik. Karya-karya yang bertanding pada malam ini adalah seperti berikut:

1.Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik

Selain daripada membawa pulang trofi AJL 34, para pemenang AJL 34 bakal memenangi hadiah-hadiah lain mengikut kategorinya. Pemenang Persembahan Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu.

Pemenang Vokal Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34, baucar McDonald’s Malaysia bernilai RM10 ribu serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu.

Pemenang Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM20 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM3 ribu. Naib Juara akan menerima wang tunai RM35 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM5 ribu. Juara Lagu akan menerima wang tunai RM50 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucer CJ Wow Shop bernilai RM10 ribu.

Meriahkan Anugerah Juara Lagu sambil menikmati Set Famili Mekdi daripada McDonald’s selaku penaja utama. Malam ini juga, Setel sebagai rakan penaja turut mengadakan Anugerah Pilihan Peminat Setel yang dipilih melalui undian dalam aplikasi Setel, bermula 30 Januari lalu hingga ke malam ini.

Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL 34 melalui strim langsung HD di laman www.tonton.com.my.

Read Previous

Amyra, Amar Pilih Ayra Aryssa

Read Next

Sumpah Naim Daniel Tepati Ramalan Juara AJL 34!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *