“Hafiz Adalah Pilihan Yang Tepat Kerana Tidak Semua…” -Ajai Pertahankan Hafiz Suip Sebagai Vokal Terbaik

Selepas keputusan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) diumumkan malam semalam, masih ada netizen yang tidak berpuas hati terutama sekali apabila Hafiz Suip memenangi kategori Vokal Terbaik kerana bagi mereka Ernie Zakri mahupun Aina Abdul lebih layak untuk memenangi kategori itu.

Walaupun, secara jujurnya Hafiz telah menyanyikan lagu Kisah Cinta Kita dengan begitu baik, masih ramai yang mempertikaikan kemenangannya.

Namun demikian, Ajai selaku ketua juri mempertahankan pemilihan Hafiz sebagai pemenang kategori tersebut dan menganggap keputusan yang dibuat adalah tepat memandangkan tidak semua orang mempunyai kebolehan vokal seperti pelantun lagu Awan Nano itu.

“Bila kita bercakap soal Hafiz Suip, dia mempunyai kebolehan apabila lagu dihentikan, dia boleh tampil semula menyanyi dengan tone yang sama, feel yang sama…Hafiz mempunyai kebolehan itu yang tak ramai orang ada, hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu buat begitu,” kata Ajai kepada Funta.My ketika sidang media AJL 34 yang diadakan selepas keputusan diumumkan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Ajai turut memuji kebolehan vokal penyanyi lagu Ku Bersuara, Ernie Zakri dan Aina Abdul yang menyanyikan lagu Sumpah. Ajai tidak menafikan kedua-duanya memang mempunyai kebolehan vokal yang hebat yang setaraf dengan gelaran ‘vocal powerhouse’.

Namun demikian tambah Ajai lagi, tidak semestinya mereka yang mampu membawa lagu bernota tinggi sahaja yang layak menang kerana ini terbukti dengan kemenangan Naim Daniel dalam menyanyikan lagu Sumpah dengan begitu baik sekali.

“Ernie dan Aina adalah dua saingan sengit bagi Hafiz, kebolehan vokal kedua-duanya tidak boleh disangkal tetapi mungkin Aina kekurangan dari segi pengalaman. Lebih banyak dia memasuki pertandingan berprestij seperti ini, ruangan vokalnya akan jadi lebih berani.

“Naim menang pasal the whole package. Lagu, lirik, feeling lagu, skil vokal. Paling utama sekali, dia nyanyi sedap, tak ada yang sumbang. He hit the right notes, the right range. Kita memberi markah berpandukan pada nada. Tak semestinya yang boleh nyanyi high notes saja yang menang. Melodi comes first, kemudian penghayatan lirik dia. Itu resepi seorang juara bagi saya.

“Malam ini, yang berani yang menang. Kita kena akur dengan perkembangan semasa. Kalau dahulu lagu berentak balada yang mengungguli juara, tapi hari ini kita saksikan rap atau hip hop juga mendapat tempat seperti lagu Bangun dari Aman RA. Tak semestinya rap atau nyanyi laju tak boleh menang.

“Saya bangga dengan participants AJL 34 tahun ini kerana mereka mempunyai variasi. Sesuai dengan tema Warna-warna Suara, kita ada fusion, hip hop, moderate, reggae (contohnya lagu Ragaman), dan banyak lagi,” jelas Ajai lagi.

Barisan juri terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam industri muzik seperti Datuk Wah Idris, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Altimet, Cat Farish, Aznul Haidi dan Ajai selaku ketua juri pada malam itu.

Oleh: Del

Kredit Foto: Zek

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Sumpah Naim Daniel Tepati Ramalan Juara AJL 34!

Read Next

Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Harga RM75,000 Sebelah Kubur Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *