Sumpah Naim Daniel Tepati Ramalan Juara AJL 34!

Lagu yang sering disebut-sebut bakal menjadi juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) iaitu Sumpah nyanyian Naim Daniel menepati ramalan apabila membawa pulang trofi juara AJL 34 beserta wang tunai RM50,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,o00 malam semalam.

Persembahan memukau dari pelakon dan penyanyi berbakat ini membuatkan peminat dan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil tidak senang duduk apabila dia berjaya membawa watak animasinya di dalam muzik video Sumpah menjadi realiti di atas pentas.

Lagu hasil nukilan Naim sendiri mendapat sentuhan Naim dan Omar K sebagai komposer.

 

View this post on Instagram

 

Itu dia Juara #AJL34 !! Naim Daniel guys 😱😱😱🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉.

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Penyanyi rap dan hip hop Aman RA meluahkan rasa syukur dan terkejut apabila diumumkan sebagai naib juara AJL 34 melalui lagu Bangun ciptaan Navigator dan lirik oleh Aman RA sendiri. Mereka menerima hadiah wang tunai RM35,000 beserta trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM5,000.

“Bagi kami yang berasal dari underground, untuk mendapat tempat di pentas berprestij seperti AJL dan merangkul tempat kedua adalah satu kejayaan bagi hip hop dan oleh itu, saya hanya mampu bersyukur,” kata Aman kepada Funta.My.

Tempat ketiga pula jatuh kepada lagu Anta Permana hasil ciptaan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong dan nyanyian Bob Yusof dan mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM3,000.

Lebih menarik lagi apabila kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza,  yang sudah lama tidak bertanding di pentas AJL 34 berkongsi mikrofon dengan Bob, selaku penyanyi asal lagu Anta Permana. Sudah tentu kehadiran penyanyi yang lebih mesra dipanggil Tokti ini mengubati hati peminat yang sudah lama merinduinya nyanyiannya di pentas berprestij tersebut.

 

View this post on Instagram

 

OMG! @ctdk dan @bobyusof di #AJL34!! Okay, kita teruskan menonton AJL, mesti ada banyak surprise lagi nanti 😍

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Hafiz Suip yang kali terakhir bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu tiga tahun lalu, mengecap kenangan manis apabila persembahannya dalam Kisah Cinta Kita berjaya membolot dua kategori iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Bagi Vokal Terbaik, Hafiz memenangi wang tunai RM12,000 beserta trofi, baucar bernilai RM1,000 dari CJ Wow Shop dan baucar dari McDonalds Malaysia bernilai RM10,000! Bagi anugerah Persembahan Terbaik pula, Hafiz membawa pulang wang tunai RM12,ooo beserta trofi dan baucar bernilai RM1,000 dari CJ Wow Shop.

Bagi kategori khas Anugerah Pilihan Peminat Setel yang dipilih melalui undian dalam aplikasi Setel bermula 30 Januari lalu dimenangi oleh Haqiem Rusli dan tidak menghairankan kerana pelantun lagu Lembah Kesepian ini mempunyai kumpulan kelab peminat yang paling aktif dikenali sebagai Qiemilio. Gamat satu dewan dengan sorakan mereka menyokong Haqiem! Meriah!

Oleh: Del

Kredit Foto: Instagram @tv3malaysia

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Anugerah Juara Lagu Ke 34 Milik Siapa Agaknya?

Read Next

“Hafiz Adalah Pilihan Yang Tepat Kerana Tidak Semua…” -Ajai Pertahankan Hafiz Suip Sebagai Vokal Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *