Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Harga RM75,000 Sebelah Kubur Suami

Saat orang ramai dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan model, Ashraf Sinclair akibat serangan jantung awal pagi Selasa, tidak dapat dibayangkan apakah perasaan orang yang tersayang, iaitu isterinya pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak mereka Noah Sinclair yang berusia 10 tahun.

BCL yang kelihatan amat sedih dengan kehilangan insan yang paling dicintai sewaktu upacara pengebumiannya suaminya mengambil keputusan untuk bukan sahaja menempah liang lahad untuk arwah suami, malah menempah liang lahad di sebelah Ashraf buat dirinya juga di San Diego Hills, Kawarang, Jawa Barat.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy.

“Benar, BCL minta mahu berdampingan dengan suaminya.  Itu sudah direncanakan oleh dia,” katanya kepada detik.com.

Dikhabarkan pada mulanya, pihak San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahat yang lain, namun ditolak oleh BCL.

“Beliau tak mahu ‘single’.  Dia mahu berdampingan dengan suaminya.

“Pengurusnya, Doddy yang menghubungi saya dan menempah dengan harga RM75,000,” katanya lagi.

Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) di kediamannya di Jakarta Selatan.  Walaupun beliau digegaskan ke rumah sakit MMC Kuningan juga di Jakarta Selatan, malangnya Ashraf telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah.

Takziah kami ucapkan kepada BCL, Noah dan seluruh ahli keluarga Ashraf atas kehilangan mereka. Semoga rohnya dicucuri rahmat…

Sumber: Detik.com & Gempak.com

Kredit Foto: Instagram @detikcom

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Hafiz Adalah Pilihan Yang Tepat Kerana Tidak Semua…” -Ajai Pertahankan Hafiz Suip Sebagai Vokal Terbaik

Read Next

Bulan & Pria Terhebat Yakin Mampu Tarik Penonton Ke Pawagam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *