Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Penularan wabak COVID-19 telah pun sampai tahap di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sebagai pandemik pada 11 Mac lalu berikutan tahap penularan yang cepat dan amat membimbangkan sesuai dengan maksud ‘pandemik’ iaitu wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, hingga ke seluruh dunia.
Namun demikian, ada juga mereka yang mengambil kesempatan terhadap situasi ini. Di Amerika Syarikat, selepas kes pertama kematian disebabkan oleh COVID-19 pada 1 Mac yang lalu, dua beradik Matt dan Noah Colvin mendapat ilham untuk membuat keuntungan di saat dunia sedang merasa cemas dengan wabak ini.
Mereka telah memborong kesemua cecair pembersih tangan (hand sanitizer) di kesemua kedai yang dikunjungi oleh mereka di daerah Chattanooga, Tennessee seperti Walmart, Staples, Dollar Tree dan Home Depot. Tak cukup dengan itu, mereka telah pergi ke Kentucky dan mengisi trak U-Haul yang disewa dengan beribu-ribu botol cecair pembersih tangan dan ‘antibacterial wipes’ kebanyakannya dari kedai-kedai runcit kecil dengan niat untuk menjualnya dengan harga yang lebih tinggi di Amazon.com.
Di rumah, Matt Colvin memuat naik barangan tersebut di Amazon untuk dijual dan berjaya menjual mereka pada harga yang merepek sebelum Amazon memutuskan untuk menghalang individu seperti Matt dari menjual barang-barang yang diperlukan untuk mencegah COVID-19 seperti cecair pencuci tangan, topeng muka dan pengelap antibakteria (antibacterial wipes) dari dijual melalui laman sesawang Amazon dan memberi amaran kepada mereka yang menjual barangan itu pada harga yang melampau akan kehilangan akaun Amazon mereka.
Tatkala berjuta-juta rakyat di seluruh Amerika Syarikat gagal untuk di dalam misi membeli cecair pembersih tangan untuk mencegah dari terkena penularan wabak coronavirus, Matt dan Noah Colvin mempunyai lebih kurang 17,700 botol di dalam simpanan mereka tetapi tidak dapat menjualnya di mana-mana.
Can’t find hand sanitizer? Matt Colvin has 17,700 bottles of it.
He emptied stores across Tennessee, hoping to profit. Then Amazon pulled his listings for price gouging.
Now he’s one of likely thousands of Amazon sellers sitting on stockpiles. My story:https://t.co/YPeXEot79a
— Jack Nicas (@jacknicas) March 14, 2020
Malangnya, ada sesetengah rakyat Malaysia juga bersikap seperti Matt. Sama ada mereka memborong untuk menjual semula untuk mendapat keuntungan berganda, ataupun hanya bersikap mementingkan diri sendiri apabila membeli keperluan seolah-olah dunia akan kiamat pada keesokan hari.
Bukan tak boleh membeli, tapi ‘panic buying‘ hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana barangan akan habis dengan cepat dan orang lain tak berkesempatan nak membeli. Bukankah mereka juga memerlukan?
Sumber: NY Times dan Twitter @jacknicas