Malaysia Rekod Bukan 1 Tapi 2 Kes Kematian Akibat Covid-19!

Malaysia yang mencatatkan sebanyak 673 kes sejak dilanda penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia sejak penghujung tahun lepas, buat pertama kali merekodkan kematian bukan satu tetapi dua mangsa COVID-19.

Menurut laporan New Straits Times dan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mangsa pertama ialah salah seorang jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada hujung Februari lalu.

“Mangsa berusia 34 tahun dan telah menghidap demam mulai 5 Mac lalu.  Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya sewaktu sidang media di Putrajaya hari ini.

Mangsa kedua pula merupakan seorang paderi berusia 60 tahun dari Emmanuel Baptist Church di Kuching, Sarawak dan mendiang yang dipercayai mempunyai sejarah penyakit kronik meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (Sarawak General Hospital) pada kira-kira jam 11 pagi hari ini.

Jangan lupa ikuti laman twitter @KKMPutrajaya untuk berita terkini berkenaan dengan penularan COVID-19 dan patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan supaya gejala penularan COVID-19 dapat dibendung secepat mungkin.

 

Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga kedua mangsa yang kehilangan insan tersayang akibat wabak COVID-19 ini.

Sumber: Astro Gempak

Kredit Foto: BERNAMA

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Bila Sikap Ambil Kesempatan Tak Membuahkan Hasil…

Read Next

“I said Yes!” – Ayda Jebat Sudah Bersedia Menjadi Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *