“I said Yes!” – Ayda Jebat Sudah Bersedia Menjadi Isteri

Setelah beberapa bulan menyulam cinta, pengacara dan pelakon, Nabil Mahir akhirnya melamar kekasihnya, pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat pada hari ulangtahun Ayda yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh pelantun lagu Pencuri Hati itu menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto cincin lamarannya dengan kapsyen “Hadiah harijadi paling bermakna. I said YES!”

 

View this post on Instagram

 

🐨🦊 . The best birthday gift ever. I said YES. 💍 . #HeLockMeForever #AydaJebat #NabilMahir #BilAydaJatuhCinta

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan yang sama cantik dan sama padan ini serta turut tumpang gembira dengan perkembangan perhubungan mereka yang semakin hampir dengan perkahwinan.

Terdahulu, Nabil pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Sarah Hildebrand selama lebih kurang lima tahun sebelum hubungan itu terlerai.

Pada November tahun lalu, Nabil mengakui dilamun cinta dan sedang mengenali Ayda atau nama penuhnya, Nur Suhada Jebat dengan lebih rapat dan kedua-dua mereka sudah pun bertemu dengan keluarga masing-masing.

Funta.My mendoakan agar segala urusan sehingga ke jinjang pelamin dipermudahkan yang Maha Esa. Tahniah sekali lagi kepada Nabil dan Ayda!

Oleh: Del

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Malaysia Rekod Bukan 1 Tapi 2 Kes Kematian Akibat Covid-19!

Read Next

Maya Matahari Meninggal Dunia Di sisi Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *