Maya Matahari Meninggal Dunia Di sisi Ibu

Penyanyi popular zaman 90an, Maya Matahari (43) atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee meninggal dunia di sisi ibunya, kira-kira jam 4 petang tadi, di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.

Perkara ini disahkan oleh rakan baiknya, Nurzana Malik Maya yang memberitahu pelantun lagu Matahari itu sebenarnya sudah beberapa tahun menghidap penyakit kanser sarcoma tahap empat dan kesihatannya dikatakan semakin merosot selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelima pada 2018.

“Arwah sesak nafas selepas makan tengah hari. Jururawat peribadi yang menjaganya menghubungi ambulans dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital.

“Saya mendapat berita arwah sesak nafas dan terus ke hospital.  Bagaimanapun, saya diberitahu arwah meninggal dunia dalam perjalanan, tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.

Nurzana juga memberitahu, arwah baru sahaja pulang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di China, bulan lalu.

“Sebelum mendapatkan rawatan di China, keadaan kesihatan terjejas teruk dan pergerakannya terbatas.

“Disebabkan itu, arwah banyak menyepikan diri.  Dia enggan mendedahkan penyakit kerana tidak mahu netizen menganggapnya menagih simpati dan cuba meraih populariti.

“Arwah tahu dia akan mendapat perhatian jika rahsia penyakitnya didedahkan,”katanya.

Nurzana meluahkan rasa sebak kerana dia sempat bertemu dan menjaga arwah selama empat hari sekembalinya dari China dan berkata arwah semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di sana.

Walau bagaimanapun, Nurzana mengakui arwah kelihatan kurang ceria walaupun kesihatan semakin pulih.

“Keadaan kesihatannya lebih baik berbanding sebelum ini.  Bagaimanapun, dia kerap muntah akibat kesan ubat.

“Tak sangka, arwah tiba-tiba sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhir secepat ini,” kata Nurzana menahan sebak.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber: BH Online

Kredit Foto: IG @dramasangat

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“I said Yes!” – Ayda Jebat Sudah Bersedia Menjadi Isteri

Read Next

Rozita Che Wan Tak Kisah Duduk Rumah Kalau Zain…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *