Rozita Che Wan Tak Kisah Duduk Rumah Kalau Zain…

Pelakon popular, Rozita Che Wan tidak mempunyai masalah untuk mematuhi arahan kerajaan yang menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di rumah masing-masing di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Mana taknya, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta mengambil kesempatan ‘cuti paksa’ ini untuk bermanja-manja dengan suami tercinta, pelakon Zain Saidin di rumah! Kemain!

Perkara ini dikongsi pelakon jelita itu di dalam beberapa entri di Instagramnya sejak semalam.

“Yeay duduk rumah boleh tidur peluk laki lama-lama…Kamu semua, tolong duduk di rumah!” tulis Che Ta sebagai kapsyen sambil menasihati rakyat Malaysia untuk tidak ke mana-mana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana risau hospital tidak akan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk merawat semua pesakit Covid-19 jika kita mengambil ringan arahan kerajaan.

Pada hari kedua PKP, Che Ta berkongsi foto di peluk suaminya itu dalam sebuah entri di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen “Hari kedua, laki tak ada kerja nak buat…masih peluk bini #bendabelumcemuih #tungguharike14.”

Amboi amboi, macam baru kahwin walaupun Che Ta dan Zain baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang keenam pada 11 Disember lalu! Romantik!

 

View this post on Instagram

 

Haqi ke 2 #akp laki tk dak qeja nak buat … masih peluk bini #bedabelumcemuih #tungguhaqike14 😂

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

Walaupun hari ini sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan,  Che Ta masih dibuai bahagia duduk diam-diam di rumah sambil mengadap muka suami dan anak-anak seharian.

“Hari ketiga #AKP…kami masih bersuka ria laki bini. Seronok bak hang!

“Apa lah yang susah sangat yang kamu semua menggelupur tak boleh duduk rumah? Bukan senang tau nak dapat 14 hari mengadap muka anak-anak dan laki oiiii. Rahmat rasanya.

“Duduk je rumah! Jangan degil sangat boleh ke tak?? #PleaseStayAtHome,” tulis ibu kepada Aaisyah Dhia Rana, Ammar Effendy dan Aniq Ezra ini.

Aaisyah merupakan puteri tunggal pasangan Zain dan Che Ta, manakalah Ammar dan Aniq merupakan anak Che Ta dari perkahwinannya yang terdahulu.

Mana lah tahu lepas wabak COVID-19 sudah reda, Zain dan Che Ta bakal menimang cahaya mata baru pulak kan??

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Maya Matahari Meninggal Dunia Di sisi Ibu

Read Next

Anggap Ketua Keluarga Pergi ‘Berperang’, Aishah Gesa Orang Ramai Catu Makanan Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *