“Sakit Yang Bersendiri. Kematian Yang Sepi” – Penolong Pegawai Perubatan Rayu Jangan Ambil Mudah COVID-19

Sudah hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan diarahkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya duduk di rumah, tetapi rupanya masih ramai yang enggan mematuhi arahan tersebut.

Mungkin ramai yang masih belum nampak betapa seriusnya penularan wabak Covid-19 ini sekiranya tidak dibendung. Terkini, negara sudah merekodkan 14 kematian akibat wabak ini dah jumlahnya akan meningkat.

Mohd Noor Firdauz, seorang Penolong Pegawai Perubatan tergerak untuk menyedarkan masyarakat yang masih mengambil sikap acuh tak acuh terhadap virus ini melalui perkongsiannya di akaun Facebook miliknya.

“Kematian paling sunyi.

“Tiada ahli keluarga dibenarkan mandi jenazah.  Jenazah dibaluti (sealed) plastik tebal berlapis dan itulah lapisan kafan.

“Isteri, anak-anak, ahli keluarga atau sahabat tidak boleh menghampiri arwah ketika sakit.  Saat kematian, langsung tidak boleh diusik, apa lagi memberi kucupan terakhir.

“Sakit yang bersendiri. Kematian yang sepi.

“Ahli keluarga hanya boleh solat jenazah ghaib.  Dari bilik mayat terus ke kuburan.  Di kuburan, tiada sesiapa dibenarkan menghampiri liang lahad.

“Dan kita semua masih ambil ringan tentang wabak ini,”tulis Mohd Noor.

Tulisan Mohd Noor mendapat lebih 1,700 perkongsian di Facebook dan semoga ia mampu membuka mata dan minda ramai rakyat Malaysia yang masih ambil mudah dah menggunakan kesempatan ini untuk masih keluar rumah seperti biasa walaupun negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang kemungkinan besar akan dilanjutkan melihat kepada ratusan kes yang meningkat setiap hari.

Buat masa ini, cubalah memahami dan jangan ingkar perintah pihak yang berkuasa. Kasihanilah mereka yang terpaksa bekerja demi menjaga keselamatan dan keamanan negara kita dari Covid-19 seperti doktor, jururawat, staf-staf perubatan, pihak polis dan askar, juga mereka yang masih bekerja seperti biasa untuk memastikan bekalan makanan kita tidak terputus.

Ambillah kesempatan ini untuk bermuhasabah diri dan jangan anggap Perintah Kawalan Pergerakan seolah-olah anda sedang bercuti sambil makan makanan yang lazat-lazat di rumah kerana rata-rata meramalkan keadaan ekonomi yang akan merundum akibat wabak ini.

Belajar untuk berjimat cermat dan Stay At Home ya?

Kredit: Facebook @Mohd Noor Firdauz

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Anggap Ketua Keluarga Pergi ‘Berperang’, Aishah Gesa Orang Ramai Catu Makanan Di Rumah

Read Next

Ernie Zakri Tak Menyesal Bertudung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *