Ernie Zakri Tak Menyesal Bertudung

Manis dan ayu sekali penampilan terbaharu dari pelakon dan penyanyi, Ernie Zakri apabila dia memuat naik foto dengan imej bertudung dalam sebuah entri di akaun Instagram miliknya semalam.

Walaupun Ernie sedar ada yang terkejut dengan keputusannya untuk berhijab sedangkan kariernya sedang melonjak naik, tetapi dia percaya ini adalah keputusan yang terbaik untuknya.

Lebih-lebih lagi, memandangkan dia sudah lama memasang niat untuk berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik sebelum menunaikan umrah tahun lalu.

“Jujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri. Moga saya terus istiqomah dan melakukannya kerana Allah SWT.

“Ikutkan, saya sudah lama menyimpan niat mahu berhijab.  Cuma, kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,” katanya kepada BH Online.

Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri (28 ) menunaikan umrah penghujung bulan Disember tahun lalu dan pada waktu itu lagi peminatnya telah mendoakan pelantun lagu Ku Bersuara ini akan memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Ernie mahupun rakan-rakan selebriti memberi pelbagai reaksi positif terhadap penghijrahan Ernie dan mendoakan agar Ernie terus istiqomah dalam pemakaian hijab.

 

View this post on Instagram

 

❤❤❤❤❤

A post shared by @ erniezakri on

 

Ada peminat yang siap ajak Ernie berkahwin lepas melihat keayuan Ernie bertudung!

Kredit Foto: Instagram @erniezakri

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Sakit Yang Bersendiri. Kematian Yang Sepi” – Penolong Pegawai Perubatan Rayu Jangan Ambil Mudah COVID-19

Read Next

Kerana COVID-19, Alha Alfa Ceroboh Rumah Orang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *