Kerana COVID-19, Alha Alfa Ceroboh Rumah Orang?

Inisiatif usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa harus dipuji dan dicontohi walaupun mengakui terpaksa menceroboh masuk rumah jirannya hanya kerana mendengar kucing-kucing peliharaan jirannya seperti kelaparan.

Perkara ini dikongsi Alha menerusi sebuah entri yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum tuan rumah, maaf saya ceroboh kawasan rumah tuan/puan.

“Saya rasa tuan rumah mesti balik ke kampung kemudian dah tak boleh balik ke rumah semula sebabkan kes COVID-19 ni kan?  Kesiannya

“Jadi saya memandai-mandai bagi makan kucing tuan…jangan risau semuanya selamat,” kata Alha.

Bukan setakat beri makanan kepada kucing-kucing tersebut, Alha dan temannya turut membersihkan najis kucing dan membersihkan kawasan persekitaran sangkar kucing tersebut.

Menurut Alha, niatnya hanya untuk membantu kerana dia risaukan keadaan kucing-kucing tersebut jika tuan rumah tidak dapat pulang memandangkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April akan datang.

Alha juga memberitahu pengikutnya, dia sanggup untuk membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama asalkan kawasan rumah tidak berkunci dan kucing-kucing tersebut berada di luar rumah.

“Kepada yang mempunyai masalah yang sama, duduk kawasan Kajang atau Bangi, yang tak ada nombor jiran untuk minta tolong, hantar mesej peribadi kepada saya tapi pastikan pagar rumah tak berkunci lah ye? Dan pastikan kucing tu kat luar rumah,” jelasnya lagi.

Alhamdulillah, dalam saat kita menghadapi gelombang COVID-19 yang makin meningkat, ada juga orang yang prihatin dengan masalah orang lain. Semoga perkongsian Alha dapat memberi dorongan kepada orang lain untuk berbuat bakti kepada mereka yang memerlukan di saat-saat ini.

Kredit Foto:Instagram @alhaalfa

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Ernie Zakri Tak Menyesal Bertudung

Read Next

Sifat Dermawan Taylor Swift, Ariana Grande Disanjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *