Sifat Dermawan Taylor Swift, Ariana Grande Disanjung

Berbakat dan pemurah, itulah yang dapat dikatakan tentang penyanyi terkenal Ariana Grande dan Taylor Swift yang peka dengan kesusahan orang lain ketika dunia menghadapi krisis pandemik COVID-19 yang meninggalkan ramai ahli masyarakat tanpa pekerjaan.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Thank You, Next” itu membantu peminat-peminatnya yang terkesan dengan kesempitan hidup akibat krisis koronavirus tersebut dengan mengirim wang sebanyak $500 dan $1000 dolar Amerika melalui aplikasi Venmo.

Taylor Swift juga tidak terkecuali dari melakukan amal kebajikan apabila dikatakan telah mengirim $3000 dolar Amerika kepada peminatnya yang mengalami kesempitan wang.

Beberapa orang peminat Taylor yang menggelarkan diri mereka ‘Swifties’ telah memuat naik tangkapan layar mesej peribadi dari pelantun lagu ‘Lover’ itu yang memberi mesej berbaur harapan dan semangat kepada mereka termasuk bantuan kewangan yang tidak dijangka!

Sifat yang wajar dicontohi oleh semua! Tahniah Ariana dan Taylor!

Kredit: Twitter @TSNXtra @ArianaToday, www.cbsnews

Kredit Foto: www.eonline.com

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Kerana COVID-19, Alha Alfa Ceroboh Rumah Orang?

Read Next

Black Hanifah Terpaksa ‘Menunjuk’ Untuk Tutup Mulut Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *