Macam Mak Marah Anak, Datuk Rizalman Geram Dengan Orang Yang ‘Buta Perut’!

Sesiapa yang menonton video pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim di akaun Instagram miliknya menerusi ruangan IGTV malam tadi, pasti turut tersentap dan terkesan dengan apa yang cuba disampaikannya.

Rizalman dengan lantang menempelak individu-individu yang mempersoalkan Pakej Rangsangan  Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh pihak kerajaan Malaysia kerana dikatakan berat sebelah dan hanya memikirkan nasib golongan B40.

Menurut Rizalman, golongan yang sudah sedia hidup mewah tidak perlulah membuat bising apabila kerajaan memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Jadi kalau kita yang dah dok kaya raya ni nak rampas juga ‘allocation’ depa ni, pasai apa? tak payah lah..paham ka dak?

“Masa hang dok naik ski dulu tayang bag Chanel…ada ka pi ski bawak bag chanel hat besaq apa ada cerita? Jangan lah jadi orang kaya buta perut  tak pandai styling. Itu aku dah geram dah. Hang nak tunjuk main ski ka hang nak tunjuk hang ada beg baru?” katanya dalam video tersebut.

Rizalman juga berkata, dia tergerak untuk berkata sesuatu tentang isu-isu ini setelah mendapat mesej bertubi-tubi menerusi laman media sosial Instagram dan Twitter termasuk isu artis Malaysia yang meminta kerajaan memberi bantuan kepada mereka dan bukan hanya golongan B40 dan M40 sahaja.

“Para artis, jangan jadi buta perut! Nyanyi tak sampai berapa tahun, dah beli kereta semua. Dulu tak ingat ka hang duk flat? Tak ingat ka dulu datang dari mana?

“Kalau duduk diam-diam tak buka mulut hangpa  yang pekung tu tak apa. Duduk diam-diam kalau tak boleh keluar benda yang elok, jangan berani duk cuit sana, cuit sini,” katanya lagi.

Jelas Rizalman, bila kehidupan penuh dengan perbelanjaan yang tinggi dan hutang piutang, sudah tentu kita akan menjadi cemas bila perkara tidak dijangka seperti penularan wabak COVID-19 ini berlaku kerana kita tidak bersedia.

Pesannya kepada mereka yang menjalankan perniagaan supaya sentiasa membuat simpanan dan bukannya berbelanja besar bila mendapat keuntungan.

“Simpan untuk hari hujan. Apa pun dalam perniagaan, kita kena ada enam bulan ‘sustainable money’ (duit simpanan) jika berlaku apa-apa. Jadi bila kita untung, kita kena ambil sikit dan ‘simpan bawah meja’ (menyimpan). Jadi bila kita tak ada untung, duit bawah meja tu lah yang kita pakai,” katanya lagi.

Apa-apa pun harapnya rakyat Malaysia dapat bersabar terhadap dugaan ini. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan baru sahaja dilanjutkan selama dua minggu lagi, jangan terkejut kalau ianya akan dilanjutkan pada bulan Ramadan dan mungkin hingga ke Syawal jika kes COVID-19 semakin meningkat.

Malah, Rizalman juga sangsi yang keadaan akan betul-betul pulih buat masa terdekat ini dan dia mengingatkan semua supaya tidak ke masjid atau cuba untuk melakukan ibadat terawih di masjid atau di surat kerana kita perlu memutuskan rantaian COVID-19 secara total.

 

 

Kredit: Facebook @Helyza Hj Riduan, Twitter @wanabil97

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Black Hanifah Terpaksa ‘Menunjuk’ Untuk Tutup Mulut Netizen

Read Next

Selebriti BerTikTok Atasi Kebosanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *