Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa binti Mohd Noor (31) mengaku sudah terjebak apabila akhirnya membuka akaun TikTok semalam dan memuat naik video TikTok pertama di akaun Instagram dan Twitter miliknya.
“Betul tu! Akhirnya saya sudah mengikut yang lain dengan membuka akaun @tiktok. PKP yang buatkan saya terjebak!” kicau Neelofa di Twitter.
That’s right! I finally jumped on the @tiktok bandwagon. MCO made me do it! Beauty mode made better with Moda! @naelofar #naelofar #gofarcollection #moda pic.twitter.com/R1ZfnDgzRL
— Neelofa (@Neelofa) March 31, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke Fasa kedua membuatkan orang ramai mengisi masa terluang untuk mengatasi kebosanan termasuklah membuka akaun Tiktok dan memuat naik video pelbagai aksi mereka di akaun Tiktok masing-masing.
Selain Neelofa, bekas pengacara dan socialite terkenal, Marion Caunter juga turut mengisi masa lapangnya dengan bermain Tiktok dan sering memuat naik video Tiktok yang dirakamkan bersama anak-anaknya di akaun Instagram miliknya.
Malah Marion mempunyai video Tiktok yang sama dengan Neelofa yang telah dimuat naik beberapa hari lepas!
So, who does it better??
Kredit: Instagram @neelofa & @marioncaunter, Twitter @Neelofa