Dedah Sikap Pemurah, Mohd Nor Bond Anggap Johan Raja Lawak ‘Unsung Hero’

Terharu! Mungkin itulah perasaan pelakon, Mohd Nor Bond apabila membuka angpau pemberian pelawak dan penyampai radio ERA, Johan Raja Lawak selepas bersama-sama mengagihkan bantuan makanan kepada penggiat seni industri perfileman yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan.

“Alhamdulillah…Johan Raja Lawak dan isteri beliau, Ozlyn Wati bersama-sama pasukan Seniman dan Profima hari ini untuk mengagihkan bantuan makanan kepada anak-anak seni dan pekerja belakang tabir.

“Beliau juga secara peribadi memberi angpau kepada semua sukarelawan dan ahli yang hadir…sampai di rumah saya buka sampul angpau…terkejut isinya RM300.

“Bayangkan berapa ratus angpau yang beliau berikan…Alhamdulillah..Aamiin. Semoga beliau sekeluarga akan diberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah,” tulis Mohd Nor di Facebook.


Bukan itu saja, malah Mohd Nor Bond mendedahkan sikap Johan yang tidak diketahui ramai di mana pada usai solat Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa, juadah makan tengah hari yang disediakan kepada jemaah adalah sebenarnya disedekahkan oleh pelawak tersebut.

“Di masjid Bukit Antarabangsa, 2 minggu sekali pada hari Jumaat, jemaah akan dapat hidangan nasi beriani, nasi tomato dan macam-macam lagi.

“Mungkin jemaah tak tahu sebab Johan tak pernah bagi tau..Bila kawan-kawan bukak booth jualan, Johan akan membeli barang setiap booth walaupun tiada keperluan. Hanya sifat ingin membantu.

“Kalau dia makan di kedai mamak, insya-Allah dia akan bayar bill makanan kawan-kawan dia.  Dia bawa skuter biasa je. The unsung hero,” kongsinya lagi.

Sejak akhir-akhir ini, golongan artis sering dikecam netizen dengan pelbagai cerita yang kurang menyenangkan. Artis seperti Johan membuka mata masyarakat yang bukan semua artis sama, bukan semua pentingkan diri sendiri.

Malah artis yang berkemampuan, turut membantu rakan-rakan artis yang tersepit tanpa pekerjaan dan simpanan untuk membeli barang keperluan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Kredit: Facebook @Mohd Nor Bond

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Selebriti BerTikTok Atasi Kebosanan

Read Next

Ramadan Tahun 2020 Akan Hambar Tanpa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *