Ramadan Tahun 2020 Akan Hambar Tanpa…

Setiap kali bulan Ramadan menjelma, semestinya rakyat Malaysia ternanti-nanti akan pelbagai juadah dan kuih-muih yang bakal dijual di pasar Ramadan di seluruh negara. Bukan itu saja, setiap kali Ramadan, masjid dan surau-surau juga penuh dengan umat Islam yang ingin menunaikan solat terawih.

Malangnya, pada ketika ini, seluruh dunia sedang ‘berperang’ dengan wabak COVID-19 yang dikatakan akan mengalami peningkatan kes jangkitan dan jumlah kematian pada pertengahan bulan April nanti.

Pakar perubatan juga berkata penularan wabak COVID-19 tidak akan hilang atau pulih sepenuhnya dalam waktu terdekat ini memandangkan mereka masih belum menemui vaksin yang mampu menyembuhkan mereka yang dijangkiti coronavirus.

Sejurus daripada itu, kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang penganjuran bazaar Ramadan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun sekiranya PKP berakhir dalam bulan Ramadan, Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) berkaitan bazaar Ramadan.

“Kita menerima cadangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mesyuarat hari ini memutuskan perkara ini.  Maka soal berkaitan bazaar ini ditentukan selepas ini sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

“Selagi PKP ini diteruskan atau jika kerajaan terpaksa teruskan PKP, maka bazaar Ramadan tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media (non-health) hari ini.

Minggu ini sudah masuk minggu ketiga tiada solat Jumaat diadakan di seluruh negara. Namun demikian, kesihatan dan keselamatan orang ramai adalah yang paling penting buat masa ini, jadi patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa kedua dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Sumber: Sinar Harian

Kredit Foto: projektravel.com

Read Previous

Dedah Sikap Pemurah, Mohd Nor Bond Anggap Johan Raja Lawak ‘Unsung Hero’

Read Next

Poster Terbaharu COVID-19 Dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Tak Sentap Tak Tahulah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *