“RM150 Sehari Sahaja”- Datuk Seri Ismail Sabri

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr. Adham Baba membuat pengumuman bahawa hotel-hotel terpilih juga akan menjadi pusat kuarantin terbaru seperti yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perihal itu di dalam sidang media hari ini, selepas isu hotel bertaraf 3 bintang ke atas dijadikan pusat kuarantin menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

“Kerajaan membiayai kos untuk bilik dan makan terhad kepada 150 Ringgit Malaysia sehari.  Kos lain seperti dobi ditanggung oleh individu di kuarantin.

“Kenapa ada 4,5 dan sebagainya? Kita telah mengenal pasti 45 hotel disenaraikan sebagai pusat kuarantin. Walau bagaimanapun, ada permintaan daripada individu yang dikuarantin memohon untuk mereka memilih hotel mereka sendiri.

“Jadi, seperti yang saya katakan, hotel yang ditanggung kerajaan adalah dengan kos RM150. Jika melebihi kos, perlu dibiayai oleh individu sendiri,” katanya dalam sidang media itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri juga menjelaskan wujudnya hotel sebagai di antara pilihan pusat kuarantin kerana terdapat permohonan daripada kedutaan luar bagi mereka yang pulang daripada luar negara termasuk diplomat asing yang kembali ke Malaysia dan perlu dikuarantin.

Dalam warta yang dikeluarkan sebelum ini, lebih 40 pusat penginapan di seluruh negara dijadikan pusat kuarantin dan di antaranya adalah hotel-hotel bertaraf 4 dan 5 bintang seperti Hilton Petaling Jaya, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Hotel Dorsett Grand Subang Jaya, Tanjung Rhu Resort Langkawi, Hotel New York Johor Bahru dan Palace of the Golden Horses Seri Kembangan.

 

Sumber : Siakap Keli, Bernama dan www.federalgazette.agc.gov.my 

Kredit Foto: Instagram @hiltonkualalumpur

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Poster Terbaharu COVID-19 Dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Tak Sentap Tak Tahulah

Read Next

Salam Takziah…Glenn Fredly Meninggal Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *