Penyanyi popular Indonesia yang juga mempunyai ramai peminat di Malaysia, Glenn Fredly dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi, jam 6 petang waktu tempatan, Rabu, 8 April 2020.

Glenn yang popular dengan lagu berjudul Januari dan Akhir Cerita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta pada umur 44 tahun akibat meningitis.

28 Februari lalu, mendiang baru sahaja menimang cahaya mata sulung perempuan yang diberi nama Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo bersama isterinya, penyanyi dangdut, Ayu Mutia selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Glenn atau nama penuhnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975.

Sudah tentu kematian Glenn merupakan satu kehilangan besar bagi industri seni Indonesia dan berita dukacita ini dikongsikan oleh teman-teman selebriti seperti Tompi, Rossa dan vokalis Noah, Ariel.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariel (@arielnoah) on

Memetik laporan Liputan6.com, berita kematian Glenn dimaklumkan oleh penyanyi Tompi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Telah pulang saudara kami, Glenn Fredly malam ini.  Mohon dimaafkan semua kesalahannya.  Dia selalu hadir menggerakkan (menggembirakan) kita semua,” tulis Tompi.

Sumber: Astro Awani, Liputan6.com

Kredit Foto: Instagram @glennfredly309 & @arielnoah

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“RM150 Sehari Sahaja”- Datuk Seri Ismail Sabri

Read Next

Gaji Jalan Macam Biasa, Pekerja Altimet Tak Perlu Risau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *