Gaji Jalan Macam Biasa, Pekerja Altimet Tak Perlu Risau

Ramai yang memuji penyanyi, komposer dan penulis lirik, Altimet dalam mengendalikan perniagaan miliknya kerana tetap mengambil berat tentang pekerja-pekerjanya walaupun keadaan ekonomi yang tidak stabil disebabkan COVID-19.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Altimet memberitahu bahawa gaji pekerja tetap di dalam syarikatnya akan dibayar seperti biasa dari bulan April hingga Jun 2020.

“Selesai beritahu pekerja tetap syarikat aku gaji diorang April – Jun akan jalan macam biasa.

“Sekarang nak nego (tawar) dengan tuan sewa tempat niaga pula macam mana, diskaun ke, moratorium ke, sewa naik ke…” tulis pelantun lagu Amboi itu.

Menjengah ke ruangan komen, ciapan Altimet mendapat perhatian ramai netizen yang memuji caranya menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya dan mampu menguruskan perniagaannya dengan baik!

Sekadar info, Altimet mengendalikan perusahaan restoran pizza iaitu ‘Pizza on Fire’ dan mempunyai beberapa cawangan  di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Langkawi.

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Salam Takziah…Glenn Fredly Meninggal Dunia

Read Next

PKP dilanjutkan, PM Gesa Rakyat Bekerjasama!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *