PKP dilanjutkan, PM Gesa Rakyat Bekerjasama!

Seperti yang dijangka, sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi selama dua minggu bermula 15 hingga 28 April ini.

Menurut beliau, PKP dilanjutkan selaras dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan supaya PKP seluruh dunia tidak ditamatkan dengan lebih awal memandangkan dunia masih belum bebas wabak COVID-19.

Malah, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia juga berkata Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihatkan Perdana Menteri supaya melanjutkan perlaksanaan PKP kerana ia terbukti efektif dalam membendung penularan wabak ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat semasa PKP dari 15 April hingga 28 April nanti dan pengumumkan akan dibuat dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, beliau menasihat agar rakyat Malaysia terus patuh dengan PKP dan duduk di rumah seperti biasa kerana pengumuman itu tidak bermakna PKP dilonggarkan dan rakyat masih tidak boleh meneruskan kehidupan seperti sebelum PKP dilaksanakan kerana negara masih belum selamat dari coronavirus.

“Beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara peringkat dengan kawalan keselamatan dan pergerakan ketat.

“Tetapi itu tidak bermakna kita longgarkan PKP, perintah ini masih diteruskan dan semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa mestilah dipatuhi,” kata Tan Sri Muhyiddin.

Beliau menyeru rakyat Malaysia supaya mematuhi PKP demi kesejahteraan bersama dan memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk menjaga keselamatan rakyat secara keseluruhan.

“Saudara saudari yang dikasihi sekalian, sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa semua.

“Setiap nyawa adalah berharga baik bayi, orang muda, orang dewasa ataupun warga emas.  Semuanya bernilai.  Kehilangan satu nyawa akibat virus ini adalah satu kehilangan besar buat negara.

“Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang sekeliling kita dengan mematuhi PKP.

“Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over.  The fight is still on.  We are doing well so far, just uplift your spirit to continue to fight! We will win!” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Kredit Foto: Instagram @muhyiddinyassin_official

Read Previous

Gaji Jalan Macam Biasa, Pekerja Altimet Tak Perlu Risau

Read Next

Diana Danielle Tak Setuju Dengan PM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *