GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Pengumuman Perdana Menteri tentang fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 28 April 2020, baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat apabila kerajaan menerusi Kementeria Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi.
Ini kerana selain sektor pembinaan dan industri otomotif, industri seperti perkhidmatan gunting rambut juga dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat dan kematian seorang penggunting rambut popular (barber) di Lousiana, New Orleans, Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan betapa bahayanya wabak COVID-19 ini jika ia belum reda sepenuhnya.
Kebimbangan ini turut dikongsi oleh pemenang Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019, Datin Diana Danielle menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
“Buka lah spa kuku sekali , potong kuku, potong rambut…kan bagus!
“Buat sementara waktu ni gunting-gunting ni, trim je lah sikit-sikit kat rumah. Senget benget pun paling-paling orang luar, abang Grabfood je yang nampak.
“Habis PKP mintaklah ane potong macam Beckham ke Ronaldo ke gorila ke buat la,” tulis isteri kepada pelakon, Datuk Farid Kamil itu.
Menurutnya lagi, sekiranya kedai-kedai rambut diberikan kelonggaran untuk beroperasi, ia pasti akan mewujudkan kluster baharu COVID-19 kerana keadaan akan menjadi sukar untuk dikawal.
“Kalau tak nak kluster lain selain dari salon rambut, tak payah buka. Lagi satu hal nak urus tukang gunting rambut dan salon.
“Tak ingat lagi ke Koronavirus ni ramai sangat yang asymptomatic, mereka tiada simptom, batuk selesema semua takda…sihat dan kuat tapi mereka ni ‘silent killers’ (pembunuh dalam senyap).
“Kerana mereka tak bergejala, mereka tak tahu pun mereka ni positif! Jadi dia pun main pass pass virus tu ke orang lain, dan sebab tu la saya rasa ia tidak akan berhasil.
“Lepas tu gunting dan shaver yang abang barber guna tu dia kongsi dengan semua orang. Kalau sehari 50 pelanggan, seminggu gunting tu dah berjasa untuk 350 orang yang mungkin bergejala…berani ke kongsi tempat duduk , gunting, towel semua tuh?” tulisnya lagi.
Diana menyuarakan kerisauan dan pendapatnya kerana dia percaya tidak semua berlaku jujur dalam memberitahu tentang simptom-simptom yang mereka alami dan sama ada mereka pernah terdedah dengan pesakit yang positif COVID-19 seperti yang diluahkan oleh segelintir ‘frontliners’ di hospital yang saban hari memeriksa dan merawat pesakit COVID-19.
Betul juga tu! Jika tak penting, tangguhkan lah dulu pembukaan perkhidmatan seperti salun rambut dan sebagainya sehingga negara betul-betul bebas dari wabak COVID-19. Bukan apa, takut nanti rakyat semua terpaksa ‘berkurung’ dalam rumah selama beberapa bulan lagi.
Kredit: Instagram @dianadanielleb