Tarawih Di Masjidil Haram Tahun Ini Dibatalkan Gara-Gara COVID-19

Boleh bayangkan betapa sayunya suasana Ramadan di Mekah al Mukarramah apabila Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi membuat pengumuman bahawa tidak akan ada sebarang solat terawih yang akan dilakukan di kesemua masjid di Tanah Haram pada bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.

Sebagai langkah berjaga-jaga dari wabak COVID-19 yang merebak ke seluruh dunia, kerajaan Arab Saudi meminta agar rakyatnya hanya menunaikan solat tarawih di rumah masing-masing.

“Kami memohon kepada Allah SWT supaya menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau di rumah, dimana kami fikir ianya adalah untuk kebaikan bersama.

“Kami pinta kepada Allah SWT agar menerima doa dari kita semua dan melindungin umat manusia daripada wabak yang sedang menimpa dunia,” ujar Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Dr. Abdul Latif Al Sheikh.

Sejak dari awal bulan Mac, kawasan mataf (tawaf) di Masjidil Haram kelihatan kosong dan sunyi sepi apabila kerajaan menutup kawasan tersebut untuk dibersihkan secara menyeluruh sebelum mengarah supaya jemaah yang sedang menunaikan umrah untuk keluar dari Tanah Haram dalam masa 3 hari dan menghentikan kegiatan umrah sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber: Siakap Keli & BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Diana Danielle Tak Setuju Dengan PM?

Read Next

Terperap Di Rumah? Ini 5 Aktiviti Sewaktu PKP!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *