Terperap Di Rumah? Ini 5 Aktiviti Sewaktu PKP!

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan membasmi penularan wabak Covid-19 untuk mengurangkan jumlah mangsa wabak tersebut di negara ini.

PKP telah pun memasuki Fasa Ketiga bermula 18 Mac dan akan berakhir 28 April ini dan kemungkinan akan dilanjutkan jika nombor kes tidak berkurangan.

Walau bagaimanapun, kita masih boleh memanfaatkan sepenuhnya masa di dalam PKP ini dengan melakukan beberapa aktiviti bersama keluarga di rumah.

Ini lima aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan bersama keluarga sepanjang PKP :

1. SOLAT BERJEMAAH

Kalau sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerjaya, ini masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan dengan Allah dan meluangkan waktu bersama keluarga. Memandangkan kita berada di rumah selama 24 jam, seelok-eloknya kita mnggunakan masa tersebut untuk solat berjemaah bersama ahli keluarga, sesuatu yang mungkin tidak dapat kita lakukan sebelum ini kerana sibuk bekerja.

 

2. MENGAJI AL-QURAN

Masa yang terluang terisi dengan aktiviti bermanfaat seperti membaca Al-Quran, muhasabah diri dan bermunajat kepada Yang Maha Esa.

Tak kisah sama ada ibu bapa atau anak-anak, ini adalah masa yang sesuai untuk belajar dari awal dan memperbaiki bacaan serta tajwid atau melakukan hafazan surah-surah lazim yang sudah lama kita azam untuk menghafal.

Daripada asyik main telefon bimbit, baik mengaji dapat juga pahala!

 

3. MENONTON FILEM KEGEMARAN

Memandangkan PKP menghalang kita daripada keluar dari rumah, jadi panggung wayang pun tak boleh nak jejak kaki. Panggung pun tutup!

Stesen televisyen satelit berbayar Astro menyajikan banyak filem pecah panggung antaranya Polis Evo, Misteri Dilaila, Dukun, Boboiboy Movie 2 serta banyak lagi.

Jika anda mempunyai Netflix di rumah, banyak juga filem-filem dan siri-siri luar negara seperti Narcos, The Heist dan jangan lupa siri kegemaran Friends juga ada di hujung jari anda.

 

4. ASAH SKIL MEMASAK

Rasanya ramai yang tak pandai masak dah boleh masak sepanjang PKP ini. Daripada nak pesan makanan dari luar, baik buat sendiri. Duit pun boleh jimat!

Untuk mengelakkan anak bosan terperap dalam rumah, boleh ajak mencuba resepi bersama-sama anda. Menu ringkas pun okey. Sehari satu menu, sebulan dah dapat 30 jenis juadah makanan. Boleh masukkan sekali dalam senarai berbuka puasa nanti.

 

5. BERSENAM

Ramai yang merungut hanya bangun, makan dan tidur sepanjang masa, sekali gus melahirkan kebimbangan berat badan naik dalam tempoh itu.

Alasan tidak dapat keluar ke gimnasium, pusat kecergasan atau ke taman untuk berjoging seperti yang dilakukan sebelum ini.

Sebenarnya sepanjang berada di rumah, masih boleh menjalankan senaman untuk memastikan kekal cergas. Terdapat beberapa senaman yang boleh dilakukan antaranya seperti memasang youtube dan mengikut senaman ringkas seperti yang ditunjukkan. Tak perlu peralatan gimnasium pun. Tak ada dumb bells? Tak mengapa. Gunakan apa saja yang ada di rumah, seperti botol air mineral 1.5 liter atau 5 liter yang dipenuhi air dan gunakan itu sebagai pemberat!

Sumber: Astro Gempak

Kredit Foto: Instagram @gisele

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Tarawih Di Masjidil Haram Tahun Ini Dibatalkan Gara-Gara COVID-19

Read Next

“Korang Ingat Senang Nak Cari Duit?” – Petugas Kaunter Bagi Nasihat Pada Budak Kaki Rayap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *