“Korang Ingat Senang Nak Cari Duit?” – Petugas Kaunter Bagi Nasihat Pada Budak Kaki Rayap

Selepas kerajaan mengumumkan akan memperketatkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga, nampaknya denda RM1,000 atau hukuman penjara atau kedua-duanya sekali masih tidak dapat menakutkan orang ramai kerana masih ramai yang ingkar dan ditangkap pihak berkuasa.

Semalam, tular di laman media sosial Facebook apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Rohaiza yang dipercayai seorang petugas kaunter memuat naik satu entri yang menyayat hati di akaun Facebook miliknya.

Siti Rohaiza berkata, bapa tersebut telah membawa sejumlah wang syiling dan wang kertas RM1 untuk membayar kompaun anaknya yang berusia 18 tahun kerana telah melanggar PKP.

“Terima bayaran kompaun pagi tadi daripada seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling??? Kenapa guna duit RM1. Jenuh Iza nak mengira pagi tadi.

“Wahai anak-anak sekalian terutama yang masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah.  Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan-kawan bagai.

“Jangan mengada-ngada konon tunjuk hero naik motor merayap sana-sini.  Sekali kena, nah ko susahkan mak pak…Korang ingat senang nak cari duit???

“Iza doakan bila anak-anak ni dah bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni… Perit wei kira duit tabung semata-mata nak bayar kompaun untuk anak,” tulisnya sebagai peringatan kepada pembaca.

Perkongsian tersebut telah mendapat beribu-ribu tanda suka dan perkongsian oleh warga FB yang turut bersetuju dengan tulisan Siti Rohaiza.

Rata-rata turut bersimpati dengan bapa remaja tersebut kerana terpaksa menggunakan duit tabungan bagi membayar kompaun, padahal wang tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting seperti membeli barang keperluan dapur sekeluarga dan sebagainya.

 

Kredit: Facebook Siti Rohaiza

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Terperap Di Rumah? Ini 5 Aktiviti Sewaktu PKP!

Read Next

Kejutan Istimewa Uqasha Untuk Hari Jadi Kamal Adli…#UqamalForever

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *