Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa terkejut apabila pelakon jelita, Uqasha Senrose menghantar sebuah kek yang sungguh cantik dan ‘istimewa’ buatnya sempena hari jadinya.
Menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya, Kamal memuat naik foto terbaru bersama kek tersebut buat tatapan umum.
“Terima kasih sangat-sangat untuk kek ni, terkejut tengah baring kek sampai. Haih nak cakap juga sebab sangat istimewa untuk saya dan saya benar-benar gembira yang @uqashasenrose2 yang hantar kek ini.
“Duduk rumah baik-baik tau awak. Terima kasih sekali lagi,” tulisnya sebagai kapsyen.
Terdahulu Kamal dan Uqasha pernah digandingkan dalam satu drama bersiri berjudul Selepas Terlafaznya Akad.
Gandingan mantap dan serasi mereka menjadikan peminat-peminat mendoakan mereka betul-betul menjadi pasangan kekasih sehingga terciptanya hashtag #Uqamal.
Menjengah ke ruangan komen, Uqasha juga mengambil kesempatan untuk membalas ucapan Kamal dengan meninggalkan komen “Happy birthday awak.”
Tapi yang paling menarik minat, ucapan di kek yang berbunyi “Let’s Travel The World Together” tu…macam ada apa-apa je? Kalau ya, tahniah kami ucapkan. Dua-dua pun single dan sesuai sangat, jadi apa salahnya kan?
Kredit: Instagram @kamaladli