Pembaca Berita Veteran RTM Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Ngah’ di kalangan rakan-rakannya di RTM, disahkan meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada Isnin.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farit Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,”katanya.

Allahyarham Farit meninggal dunia pada usia 66 tahun dan merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu dan sudah berkhidmat lebih 30 tahun bersama stesen penyiaran tersebut.

DJ Fuzz yang merupakan salah seorang daripada tujuh anak Allahyarham telah memuat naik foto bersama ayahnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya untuk tatapan umum dan meminta supaya mereka sama-sama mendoakan arwah ayahnya.

 

Kredit: Astro Awani dan Instagram @officialdjfuzz

Kredit Foto: RTM/ Facebook

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Kejutan Istimewa Uqasha Untuk Hari Jadi Kamal Adli…#UqamalForever

Read Next

2 Jam Dalam Sekatan Jalan Raya, Wanita Bersalin Dalam Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *