2 Jam Dalam Sekatan Jalan Raya, Wanita Bersalin Dalam Kereta

Seorang wanita melalui pengalaman yang sungguh mencemaskan apabila terpaksa melahirkan bayinya dalam kereta kerana tidak sempat sampai ke hospital akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Tawau, Sabtu lepas.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, Noziee Abdul Asa (37) yang dalam perjalanan ke hospital bersama bapanya Abdul Asa Mohd Salleh (65), dan anak sulungnya Aisha Maizela (17), terperangkap lebih dua jam akibat dua sekatan jalan raya yang diadakan berikutan Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) di daerah itu.

Menurut Abdul Asa, seorang pesara kerajaan, beliau menerima panggilan anaknya yang mengalami sakit hendak bersalin kira-kira 9.30 pagi sebelum mengambil Noziee dan Aisha di rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin (PPRT) Batu 8 sebelum bergegas ke Hospital Tawau.

“Dalam perjalan terfikir mengenai kesesakan lalu lintas di Jalan Apas sebelum mencari jalan alternatif menggunakan laluan di Jalan Tiku sebelum sekali lagi terperangkap di sekatan Jalan Kuhara.

“Mujur, sebuah ambulans (ada pesakit) melalui kawasan sama dan Aisha memaklumkan keadaan ibunya kepada kakitangan perubatan, yang kemudian mengarahkan saya memandu dan ikut di belakang ambulans,” katanya.

Noziee selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kilogram yang merupakan cahaya mata keempatnya, di dalam kereta berhampiran pintu pagar Hospital Tawau.

Sementara itu, Noziee menerusi satu entri di akaun Facebook miliknya memaklumkan ketika ini bayinya di masukkan ke wad lain kerana mengalami sedikit masalah pernafasan, namun mereka berdua berada di dalam keadaan stabil.

Kredit: BERNAMA

Read Previous

Pembaca Berita Veteran RTM Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Read Next

“Baru Ajar Dia Makan Betul-Betul Tapi Dah…” – Elfira Loy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *