“Baru Ajar Dia Makan Betul-Betul Tapi Dah…” – Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy begitu seronok menjalani kehidupan baru sebagai seorang ibu dan pejam celik, anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf sudah pun berusia enam bulan dan menjalani fasa baru dalam tumbesarannya.

Elfira berkongsi beberapa video yang menunjukkan Rayaan cuba untuk menyuap makanan sendiri walaupun baharu sahaja belajar untuk makan. Wah, kecil-kecil dan berdikari!

“Setiap hari adalah seperti pengembaraan yang baru dengan @muhamadrayyankhalafofficial.  Baru ajar dia makan betul-betul, sekarang dah nak kena ajar makan sendiri pulak dan awak baru enam bulan!

“Tak apa Rayyan, mommy sanggup nak kemas sepah yang awak buat hari-hari asalkan Rayyan jadi budak pandai anak soleh okay.” tulis Elfira.

Perkongsian itu mendapat perhatian dan komen positif dari pengikut Elfira yang rata-rata memuji kecomelan Rayyan dan turut terhibur melihat gelagatnya.

Rayyan merupakan cahaya mata sulung pasangan Elfira dan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar yang berkahwin pada 1 Januari tahun lalu.

 

Kredit Foto: Instagram @elfiraloy

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

2 Jam Dalam Sekatan Jalan Raya, Wanita Bersalin Dalam Kereta

Read Next

Comelnya Irisa Alaia! Penyeri Hidup Adib dan Izara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *