Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Baharu sahaja dua bulan kehilangan suami dan ayah kesayangan, kini kesedihan penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dan anaknya Noah bertambah apabila kucing kesayangan Allahyarham Ashraf Sinclair yang diberi nama Toni telah pergi buat selama-lamanya.
Berita dukacita itu dikongsikan BCL menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya. BCL berkata Toni mejadi semakin lemah selepas arwah Ashraf meninggal duni pada 18 Februari lalu.
Sejak hari itu, kucing kesayangan mereka itu tidak mahu makan dan dipercayai akhirnya mati kerana terlalu rindukan arwah yang meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
“Sayang Toni…Terima kasih kerana telah selama ini membawa kegembiraan di dalam rumah kami. Kucing yang paling bijak.. Kamu paling gemar “melihat cicak sambil didukung Daddy (arwah Ashraf)”
“Saya faham kamu sudah melalui kesusahan, dua bulan yang sukar bagi kamu..tidak memahami apa yang berlaku. Ia menjadi sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.
“Tapi kamu adalah pejuang sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni…Kami sayang kamu. Terima kasih hadir dalam hidup kami. Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang pada Daddy di sana,” tulis BCL sebagai kapsyen.
Rata-rata warga maya turut bersedih dengan perkhabaran ini dan bersetuju dengan BCL bahawa Toni mungkin amat merindui tuannya serta mendoakan supaya BCL sekeluarga kekal tabah.
Kredit Foto: Instagram @bclsinclair