Rujuk Dalam Iddah, Bella Kini Hamil Anak Kedua

Spekulasi tentang keadaan rumah tangga pasangan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah (26) dan Aliff Aziz telah pun terjawab apabila Bella sendiri mengakui yang mereka sudah rujuk kembali ketika dia masih di dalam iddah tahun lalu.

Bukan itu saja, Bella juga berkongsi dengan pengikutnya di Instagram yang dia kini berbadan dua.

Namun demikian, Bella tahu dia pasti akan menerima kecaman dan cacian daripada netizen kerana memilih untuk berbaik semula dengan Aliff setelah beberapa kali dicurangi.

“Ramai yang mencaci saya bodoh, fitnah saya dan sebagainya, tapi saya maafkan mereka.  Selepas ini, saya hanya fokus pada doa-doa yang lebih baik.

“Apa pun yang mereka nak fikir mengenai saya, akan selamanya kekal begitu.  Walaupun, jika saya cuba jelaskan, kalau mereka tak suka tetap tak suka.  Sama ada pilihan saya salah atau tindakan yang kurang bijak bagi sesetengah pihak kerana kembali rujuk dengan suami, itu akan ditanggung oleh saya sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Bella, dia memilih untuk berbuat demikian kerana keutamaannya adalah anak mereka Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun untuk hidup bahagia bersama kedua ibu bapanya dan mereka akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kesilapan mereka sebelum ini.

Bella juga berharap agar bulan Ramadan ini menjadi titik tolak untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan kerana tidak ada manusia yang terlepas dari melakukan dosa atau pun kesilapan.

Sekadar info, pasangan ini berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai pada Mei tahun lalu setelah Aliff didapati bersikap curang dengan beberapa wanita.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang itu juga mempunyai beberapa kes curi di Singapura, dan kini sedang menunggu perbicaraan di Mahkamah.

Doa yang baik-baik saja lah ya?

 

View this post on Instagram

 

Siapa lagi yang akan dapat FREE lagi kalinii🤔 heh @luxeperfectcover

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Sumber: Harian Metro

Kredit Foto: Instagram @bellaastillah

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Masih Bersedih Dengan Pemergian Ashraf, Kini Bunga Citra Lestari Kehilangan Toni

Read Next

Hilang Pekerjaan, Lelaki Sanggup Jalan Kaki Balik Kelantan Dari Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *