Hilang Pekerjaan, Lelaki Sanggup Jalan Kaki Balik Kelantan Dari Kuala Lumpur

Seorang lelaki yang berasal dari Kelantan sanggup berjalan kaki dari Kuala Lumpur selepas hilang mata pencarian sejak sebulan lalu akibat penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan.

Lelaki yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah, Kelantan itu membuat perkongsian di akaun Facebooknya Matnoe Poksu Din, tentang perjalanan yang diambilnya untuk pulang ke kampung yang dianggarkan memakan masa 3 hari 20 jam untuk tiba ke destinasi sejauh lebih 400 kilometer (km) dengan hanya berjalan kaki.

Dia dikatakan nekad untuk berbuat demikian selepas mendapati bas ekspres ke Kelantan di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi selepas kerajaan mengumumkan perlaksanaan PKP.

Memetik laporan BH Online, lelaki berusia 20-an itu sebelum ini bekerja di Shah Alam dan ingin pulang ke kampung halaman mengikut jalan biasa iaitu Lebuhraya Karak, tetapi sesat dan tiba di Ipoh, Perak melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), petang semalam.

Perkembangan perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kelantan dikongsikan dengan rakan-rakan Facebooknya menerusi status dan video live yang dimuatnaik sambil berhenti di beberapa hentian untuk berehat dan memastikan bateri telefonnya dicas.

Menerusi satu perkongsian, lelaki itu menunjukkan foto kasut yang dipakainya terkoyak apabila hampir dengan Plaza Tol Ipoh Utara.

 

Walau bagaimanapun, sewaktu di Ipoh, ada anggota bomba yang simpati dengan kisahnya yang pada itu sudah tular di media sosial dan telah menghantarnya sehingga ke Gerik di mana kemudiannya dia ditumpangkan oleh sebuah lori ayam hingga ke Tanah Merah.

Alhamdulillah, akhirnya ayah kepada tiga orang cahaya mata ini dapat pulang ke pangkuan keluarga yang dirinduinya pada pukul 11 malam semalam. Difahamkan di kini sedang menjalani kuarantin sendiri di rumahnya.

 

Sumber: Facebook Matnoe Poksu Din

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Rujuk Dalam Iddah, Bella Kini Hamil Anak Kedua

Read Next

Boleh Keluar Berdua Dalam PKP 4 Tapi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *