Boleh Keluar Berdua Dalam PKP 4 Tapi…

Berita baik untuk semua ketua keluarga yang selama ini terkial-kial membeli barangan keperluan dapur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1, 2 dan 3 yang sebelum ini hanya membenarkan ketua keluarga atau seorang wakil untuk keluar berseorangan bagi membeli barangan keperluan atau ubat-ubatan untuk seisi keluarga.

Ini kerana kerajaan telah menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diwartakan semalam telah membenarkan ketua keluarga untuk membawa seorang lagi ahli keluarga bersamanya untuk membeli makanan atau barang-barang keperluan sepanjang tempoh PKP Fasa 4 yang bermula hari ini.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Seksyen 4 (1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperlua harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.

Walau bagaimanapun, peraturan yang melarang orang ramai untuk keluar membeli barangan keperluan harian, mendapatkan rawatan atau ubat-ubatan dan sebagainya lebih dari lingkungan 10 kilometer (km) masih dikekalkan.

Seksyen 5 peraturan itu memperuntukkan orang ramai yang berkeinginan untuk pergi ke destinasi yang melebihi jarak 10km yang dibenarkan, supaya mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing.

Mereka yang mengingkari peraturan ini boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Baca: “Korang Ingat Senang Nak Cari Duit?” – Petugas Kaunter Bagi Nasihat Pada Budak Kaki Rayap

Kredit: BH Online

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Hilang Pekerjaan, Lelaki Sanggup Jalan Kaki Balik Kelantan Dari Kuala Lumpur

Read Next

‘Terlajak Subuh’ Komedi Santai Sarat Dengan Nasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *