GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Pelakon Fattah Amin menganggap Ramadan tahun ini cukup istimewa walaupun di uji dengan penularan wabak COVID-19 dan tidak dapat menyambut Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya.
Menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, pelakon filem KL Special Force itu memanjatkan kesyukuran kerana masih dapat memanfaatkan Ramadan sebaik mungkin dengan ahli keluarganya sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Syukur Alhamdulillah. Ramadan yang cukup istimewa tahun ini walaupun kita semua di uji dengan COVID-19 tapi kita semua di beri kesempatan meluangkan masa yang banyak bersama keluarga.
“Solat jemaah bersama keluarga, sahur, berbuka, terawih bersama yang mungkin selama ini kita jarang berpeluang untuk tunaikan bersama.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kejayaan pasti menunggu kita semua InshaAllah. Bagaimana dengan Ramadan anda setakat ini?” tulis Fattah sebagai kapsyen.
Pertengahan April lalu, Fattah dan Fazura berkongsi berita gembira dengan peminat-peminat mereka apabila mengesahkan yang mereka bakal menjadi ibu bapa buat pertama kali setelah Fazura disahkan hamil anak sulung mereka dan kandungannya sudah mencecah empat bulan.
Semoga semuanya baik-baik sahaja dengan pasangan romantis ini! Mesti comel anak mereka nanti. Agak-agaknya ikut muka siapa ya?
Kredit: Instagram @fattahaminz