Pemuda Terkejut Dapat ‘Hadiah’ Dalam Nasi Lemak!

Membeli makanan atas talian dan menggunakan perkhidmatan ‘runner’ atau ‘rider’ seperti Grab Food, Goget, Food Panda, Lalamove dan lain-lain bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac lalu, sudah tentu penggunaan perkhidmatan tersebut meningkat kerana ia membolehkan orang ramai untuk mendapat makanan kegemaran tanpa perlu keluar dari rumah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi kisah lucu ketika membeli nasi lemak dan menggunakan perkhidmatan penghantaran  apabila terkejut kerana menjumpai ‘hadiah’ yang ditinggalkan oleh penjual di dalam bekas yang berisi nasi lemak tersebut.

“Jarang orang hiburkan aku masa berbuka ni. Tapi harini sebelum berbuka, aku gelak tak henti. Sebab terkejut hahaha ni memang ada atau hadiah percuma?

Mesti brader ceduk nasi tu dok pening mana hilang mangkuk dia,” tulisnya dalam ciapan.

Elok pula penjual nasi lemak tu tertinggal mangkuk yang digunakan untuk menceduk nasi dalam bekas nasi lemak yang dijual. Mesti dah banyak sangat pesanan sampai tak perasan!

 

Lebih menarik lagi, penjual nasi lemak berkenaan juga mengulang siar ciapan tersebut!

Kredit: Twitter @Afqaz

Kredit Foto: Instagram @empirenasilemak

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Ramadan Yang Istimewa Walaupun…” -Fattah Amin

Read Next

Da’i Farhan Ulang Sejarah, Cerai Isteri Ketika Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *