Da’i Farhan Ulang Sejarah, Cerai Isteri Ketika Hamil

Umum sudah mengetahui kisah ‘aura wanita ke-19’ yang dikenali sebagai Dr. Erin yang dikatakan berjaya membuka hati pendakwah bebas dan juga bekas peserta program realiti, Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, yang seterusnya memutuskan untuk bernikah dengan ibu tunggal anak lapan itu di Tanah Suci Mekah.

Keadaan menjadi kecoh apabila isteri pertama Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris membuat dakwaan bahawa dia diceraikan melalui aplikasi Whatsapp pada 3 Disember lalu dalam keadaan sedang sarat hamil

Kini, media sosial digegarkan lagi apabila Dr. Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi yang baru-baru ini berkongsi berita gembira sedang hamil anak mereka yang pertama, mendakwa bahawa dia sudah diceraikan Farhan pada 27 April lalu.

Dr. Erin membuat perkongsian itu menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya dan memberitahu pengikutnya bahawa dia sendiri telah memutuskan untuk berpisah dengan suaminya itu.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz (Farhan) sudah menceraikan saya pada 27 April lalu, selepas saya sendiri meminta dilepaskan kerana inilah yang terbaik untuk kami bertiga.

“Lagipun, saya tahu pihak di sana (bekas isteri) belum mampu untuk melupakan apa yang berlaku.

“Penceraian ini saya yang minta kerana sudah penat dengan sikap ustaz yang tidak tetap diri kerana sekejap mahu rujuk yang sebelah sana dan mahu ceraikan saya, kemudian memutuskan untuk kami bermadu.

“Saya tahu ustaz juga serba salah, kerana itu saya minta diceraikan dengan rela. Jadi, selepas ini saya minta jangan kaitkan lagi saya dengan ustaz,” kata Erin.

Erin juga mendakwa bahawa bekas suaminya itu sudah kembali rujuk dengan isteri pertama pada 11 Februari lalu kerana tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak dan dikenakan syarat untuk menceraikannya jika dia mahu tinggal dengan anak-anaknya itu.

“Pada 11 Februari lalu, saya mengizinkan ustaz kembali dengan bekas isteri.  Ini kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anak, Ustaz cakap, dia tidak boleh berjauhan dengan anak-anak.

“Katanya lagi, pihak sana turut memberi syarat hanya membenarkan dia tinggal dengan anak-anak jika di menceraikan saya… Pihak mentua tidak akan beri anak dia bermadu,” dakwa Erin lagi.

Semoga ketiga-tiga pihak dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan cara terbaik, lebih-lebih lagi kerana Erin juga sedang berbadan dua.  Sejarah yang dilalui sepatutnya menjadi tauladan dan tidak patut diulangi…

Kredit: BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Pemuda Terkejut Dapat ‘Hadiah’ Dalam Nasi Lemak!

Read Next

Pendakwah Datuk Ismail Kamus Meninggal Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *