Penangan Video Masakan Sugu Pavithra, Pasangan Jepun Belajar Masak Kari Ayam!

Bukan kaleng-kaleng, resepi kari ayam pencen YouTuber popular Malaysia, Sugu Pavithra mendapat lebih satu juta tontonan selepas dimuatnaik 1 April lalu. Sugu meraih populariti di kalangan media dan netizen yang suka dengan perkongsian resepinya yang mudah dan dituturkan sepenuhnya di dalam bahasa Malaysia walaupun tanpa peralatan dapur yang canggih.

Baru-baru ini, pasangan vlogger Jepun iChang RM telah memuat naik video mereka memasak kari ayam mengikut cara dan tips dari Sugu sambil menonton video tersebut ketika memasak, dan rata-rata ramai yang terhibur menonton aksi pasangan ini.

Antara aksi yang  melucukan ialah apabila mereka terpaksa menggunakan Google Translate untuk menterjemah bahan-bahan di dalam bahasa Malaysia dan aplikasi itu memberi pelbagai terjemahan yang pelik-pelik!

Kegigihan pasangan ini juga harus dipuji apabila mereka sanggup membuat campuran rempah kari sendiri memandangkan rempah kari Babas yang digunakan oleh Sugu tidak dijual di Hong Kong.  Mereka juga gigih mencari daun pisang di luar kawasan rumah dan beria mencuci daun pisang tersebut di dalam tab mandi semata-mata ingin menikmati kari ayam menggunakan daun pisang sebagai alas hidangan.

Cabaran untuk memasak kari ayam tidak mematahkan semangat iChang untuk membuat onde-onde dan badak berendam sebagai pencuci mulut. Video yang dimuat naik di saluran YouTube milik mereka sudah mendapat hampir 300,000 tontonan sejak pertengahan bulan lalu. Malah, Sugu juga meninggalkan komen dan mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk mencuba resepinya.

 

 

https://youtu.be/xqntFVP-otA

Sumber: YouTube iChang RM

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

PKPB Dilanjutkan Hingga 9 Jun, Aktiviti Balik Kampung Tidak Dibenarkan

Read Next

Bella, Aliff Umum Bakal Timang Anak Perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *