Bella, Aliff Umum Bakal Timang Anak Perempuan

Penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah bakal menimang cahaya mata perempuan, Julai depan.

Berita gembira itu dikongsi melalui pengumuman jantina yang dilakukan menerusi Instagram (IG) Live Bella, petang tadi.

Aliff dan ahli keluarganya kelihatan terkejut dan teruja sebaik sahaja belon dipecahkan Aliff mendedahkan jantina bayi mereka. Terdahulu, pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun bernama Ayden Adrean yang ada bersama-sama Bella ketika rakaman IG Live berkenaan.

Pengumuman jantina itu terpaksa dilakukan secara langsung kerana Bella dan anak mereka,  tidak dapat bersama-sama Aliff yang berada di Singapura berikutan tempoh Perintah Pengawalan Pergerakan (PKP).

Ketika Bella meminta Aliff untuk meneka jantina bayi mereka, pelantun lagu Sayang Sayang itu berkata dia tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan sihat. Wah, tak lama lagi lengkap sepasang cahaya mata Aliff dan Bella!

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei tahun lalu apabila berita mengenai kecurangan Aliff dengan beberapa wanita tersebar.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pasangan ini kembali mencetuskan kontroversi apabila Bella secara tidak langsung mengiyakan telah kembali rujuk dengan Aliff ketika masih di dalam iddah menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya dan mengakui berbadan dua apabila netizen mempersoalkan wajahnya yang kelihatan berisi seolah-olah sedang hamil.

Baca: Rujuk Dalam Iddah, Bella Kini Hamil Anak Kedua

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Instagram @bellastillah @iamaliffaziz

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Penangan Video Masakan Sugu Pavithra, Pasangan Jepun Belajar Masak Kari Ayam!

Read Next

Ning Baizura Rindukan Tona Kulit Yang Lama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *