Ning Baizura Rindukan Tona Kulit Yang Lama…

Peminat penyanyi bersuara lunak, Ning Baizura berasa hairan melihat perubahan tona warna kulit penyanyi kesayangan mereka yang semakin cerah walaupun selama ini dia dikenali dengan tona wajah yang lebih kepada sawo matang atau hitam manis.

Ning kemudiannya memuat naik satu entri di akaun Instagram miliknya untuk menjawab pertanyaan mereka.

Menurutnya, dia gemar menjalankan aktiviti bersukan di luar tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak 18 Mac lalu.

“Banyak orang tanya ehhh kenapa Ning Baizura semakin putih bukan ke kulit dia hitam manis?

“Sebenarnya saya memang suka aktiviti bersukan di luar, tapi sebab tak dapat keluar menjalankan aktiviti sukan pada siang hari waktu PKP ni..hmmm cahaya kuning, filter kuning.. aku masih putih…

“Apa nak buat, kita ikut peraturan…buat masa ni..saya tak berkulit sawo matang atau hitam manis…dia di tengah-tengah…jadi imej lari sikit..

“Saya harap kamu semua berada di dalam keadaan selamat dan gembira sambil kekal positif dan sentiasa memberi (kepada mereka yang memerlukan)…insyaAllah, Allah akan memberi keberkatan kepada kamu dan mereka yang tersayang…jadi sekarang kamu sudah tahu #ilovemyskin,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya berpendapat putih atau tidak, Ning masih jelita.  Lebih-lebih lagi apabila dia tampak lebih manis apabila tampil dengan imej berselendang sempena bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Curiga itu, mengakui merindui warna kulitnya yang dahulu…

 


Kredit: Instagram @ningdalton

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Bella, Aliff Umum Bakal Timang Anak Perempuan

Read Next

Sugu Pavithra Mangsa Buli Siber?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *