Sugu Pavithra Mangsa Buli Siber?

Sugu Pavithra, YouTuber popular Malaysia berbangsa India yang namanya kian naik apabila video masakan yang dimuat naik di saluran  akaun YouTube miliknya mendapat perhatian dan berjaya memikat hati masyarakat sehingga mencecah 419,000 subscribers!

Namun demikian, walaupun ramai yang berbangga dengan kejayaan yang dikecapinya sebagai seorang YouTuber yang popular, pasti ada juga yang membenci, dan inilah yang dihadapi oleh Sugu.

Netizen di laman Twitter mendedahkan bahawa Sugu menerima kecaman dan mereka meminta supaya Sugu menutup akaun YouTube miliknya.  Yang lebih menyedihkan, komen-komen tersebut datangnya dari bangsanya sendiri seperti yang didedahkan oleh individu yang dikenali sebagai ‘Robert Lol’ dan diciap oleh pengguna Twitter @arxxxxmand yang telah di’retweet’ sebanyak 4,000 kali.

Menurut pendedahan itu, Sugu menerima komen yang ditulis di dalam Bahasa Tamil yang berunsurkan buli siber (cyber bullying) menerusi ruangan komen di akaun YouTubenya yang memarahinya berkongsi resepi masakan di situ, seterusnya meminta Sugu memadamkan akaunnya.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang menyokong Sugu dan menyuruhnya untuk tidak menghiraukan kata-kata segelintir netizen yang dengki dengan kejayaannya dan memberi sokongan padu kepada Sugu untuk terus berkarya dan memuat naik resepi-resepi yang mudah dan mengiurkan.

Video masakan Sugu bukan sahaja memikat hati rakyat Malaysia, malah mereka yang berada di luar negara juga. Baru-baru ini, pasangan berbangsa Jepun yang menetap di Hong Kong telah mencuba resepi kari ayam Sugu dan memuat naik video yang mencuit hati itu di akaun YouTube mereka @iChangRM

Sikap rendah diri Sugu dan kefasihannya berkongsi resepi di dalam bahasa Malaysia membuatkan video masakan individu ini sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia terutama suri rumah yang ketandusan idea untuk memasak sempena Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu.

Kredit: Twitter @arxxxxmand dan YouTube Sugu Pavithra

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Ning Baizura Rindukan Tona Kulit Yang Lama…

Read Next

“Jangan Salahkan Penyunting…”- Ayda Jebat Mohon Maaf Pada Penonton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *