Lisdawati Tak Mahu Gambar Lama Sewaktu Jahil Jadi ‘Saham’ Dosa

Pelakon popular zaman 90an, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin mengambil keputusan untuk membuat pengumuman di akaun Instagram (IG) miliknya meminta supaya sesiapa yang mempunyai foto lamanya tidak berhijab supaya membuang dan membakar foto-foto tersebut serta tidak menyiarkannya setelah dinasihati oleh seorang ustaz.

“Apa yang masih dalam simpanan adalah gambar perkahwinan sebagai kenangan.

“Saya tidak mahu apabila mati kelak, gambar itu menjadi ‘saham’ dosa buat saya.  Untuk mengelak perkara itu, ustaz nasihatkan saya buat pengumuman meminta foto lama dihapuskan.

“Selepas itu, jika ada pihak yang masih menyiarkannya, itu bukan tanggungan saya lagi… Saya sudah terlepas.  Itu yang membulatkan tekad saya untuk mengumumkan perkara ini di IG,” katanya kepada BH Online.

Kesedaran itu timbul apabila kerap menghadiri ceramah dan kelas agama dan Lisdawati beriltizam untuk menjaga aurat sebaiknya dan bertaubat atas kesilapan lalu.

“Banyak dan gambar-gambar lama yang saya dah buang dan bakar.  Tiba-tiba terkeluar keratan ini.  Masih ada lagi yang terselit.

“Teringat pada beberapa peminat yang paparkan throwback gambar lama saya…

“Saya mohon maaf sangat-sangat dan mintak tidak disiarkan gambar saya yang lama.  Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita.  Conteng sedikit mana yang perlu.

“Kalau mampu nak saja saya buang semua gambar dan video saya yang jahil dulu.  Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan.  Semoga Allah terima taubat saya,” tulisnya sebagai kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Selain Lisdawati, pelakon Rita Rudaini dan Avaa Vanja juga turut berada di dalam foto tersebut tetapi semua rambut selebriti-selebriti termasuk dirinya telah dihitamkan dengan contengan pen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon KL Menjerit ini menyokong niat murninya untuk berubah secara total dan mendoakan agar usaha Lisdawati memperoleh kebaikan.

Kredit: Instagram @lisdawati15 & BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Jangan Salahkan Penyunting…”- Ayda Jebat Mohon Maaf Pada Penonton

Read Next

“Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja,” -Sugu Pavithra Sangkal Dakwaan Mendapat Ribuan Ringgit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *