Fauziah Latiff Rujuk Media Sosial, Cari Resepi Dalam Bulan Ramadan

Penyanyi jelita, Fauziah Latiff atau lebih mesra dipanggil Jee mengakui sering mencari idea memasak melalui perkongsian resepi di media sosial, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan.

Pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini berkata idea-idea dan pelbagai resepi yang dikongsikan menaikkan semangatnya untuk memasak dengan lebih kerap dan mencuba resepi-resepi baru.

“Saya suka memasak tetapi tidaklah pakar. Semuanya ikut ‘mood’.  Lagipun, saya tinggal sendirian, jadi makan apa yang ada saja.

“Mi segera pun saya layan, cuma janganlah diamalkan selalu.,” katanya kepada BH Online.

Apabila ditanya juadah pilihan ketika berbuka puasa, Jee berkata dia menggemari masakan ringkas seperti nasi goreng kampung.

“Juadah ini sangat ringkas dan mudah disediakan. Tumis bawang putih dan bawang merah bersama udang kering.

“Masukkan sayur seperti brokoli atau sayur lain yang dipotong kecil bersama nasi.  Jangan lupa letak cili api,” tambahnya lagi.

Kongsi Jee lagi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dia jarang keluar rumah melainkan ada urusan penting atau untuk membeli stok makanan.

“Selalunya, barang asas seperti beras dan minyak sentiasa ada.  Saya hanya tambah stok makanan yang cepat luput tarikh pengambilannya,” sambung ibu kepada dua orang anak ini.

Jee juga menasihatkan orang ramai untuk patuh dengan saranan kerajaan dan tidak mengambil mudah perkara seperti kebersihan diri dan penjarakan sosial supaya wabak COVID-19 dapat dibendung dan keadaan akan kembali kepada sedia kala.

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Harian Metro

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja,” -Sugu Pavithra Sangkal Dakwaan Mendapat Ribuan Ringgit

Read Next

Tiada Niat Takutkan Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *