Raya Yang Sederhana Bagi Che Ta Dan Keluarga

Rata-rata memang tahu setiap tahun keluarga pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta adalah antara selebriti yang menyambut Aidilfitri dengan keadaan yang meriah.

Seperti tahun sebelumnya, Che Ta akan menempah beberapa pasang pakaian raya yang sedondon dengan seisi rumah, namun tahun ini Che Ta tidak mahu lagi berkongsi jumlah pakaian raya keluarganya dan memilih untuk beraya di dalam keadaan yang serba sederhana.

“Kami sekeluarga memang sudah siapkan baju raya lebih awal seperti tahun-tahun sebelum ini.  Sejak Januari saya sudah beli kain dan dalam bulan Februari, semuanya sudah tersedia.

“Namun, saya rasa dalam keadaan sekarang, biarlah jumlahnya dirahsiakan.  Cukup kami raikan secara sederhana,” kata isteri kepada pelakon, Zain Saidin ini kepada Harian Metro.

Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, kerajaan telah mengambil langkah untuk mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan dan kali ini rakyat Malaysia terpaksa menyambut Syawal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan masih perlu mematuhi saranan-saranan kerajaan dalam usaha membendung wabak itu daripada terus merebak.

Walau bagaimanapun, peminat-peminat Che Ta tidak perlu risau tidak dapat menatap foto pelakon kesayangan ‘melaram’ di hari raya kerana awal-awal lagi Che Ta telah selesai melakukan sesi fotografi sempena Aidilfitri bersama ahli keluarganya sebelum pelaksanaan PKP. Hebat!

“Mujur sebelum PKP bermula kami sekeluarga sempat selesaikan sesi fotografi Aidilfitri.   Jadi, dapatlah saya kongsikan dengan pengikut-pengikut di media sosial,”katanya lagi.

Che Ta turut menyuarakan kebimbangannya untuk keluar beraya seperti kebiasaan setiap kali tibanya Syawal.

“Kalau tahun-tahun sebelum ini, selepas selesai solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga akan bertolak ke rumah mertua saya dan akan habiskan masa di sana hingga tengah malam.

“Keesokan, kami akan bertolak pulang ke Alor Setar. Namun, tahun ini rutin kami nampaknya berbeza kerana kami sekeluarga tak mahu mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung.  Takut wujud pula kluster baru,”jelas Che Ta.

Kredit: Harian Metro

Kredit Foto: Instagram @rozitachewan1

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Raya PKPB? Tak Ada Masalah! 10 Foto Selebriti Melaram Di Pagi Raya

Read Next

Harris Alif Dan Intan Ladyana Bercinta, Jarak Usia 17 Tahun Bukan Penghalang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *