Harris Alif Dan Intan Ladyana Bercinta, Jarak Usia 17 Tahun Bukan Penghalang

Spekulasi mengenai hubungan istimewa pengacara, penyanyi dan pelakon, Harris Alif (21) dan Intan Ladyana (38) timbul apabila Harris memuat naik foto mereka berdua sekitar awal Mei lalu di akaun Instagram peribadinya.

Terbaru, pasangan ini kembali berada di bawah lensa netizen apabila Harris memuat naik foto mereka bersama mengenakan pakaian raya sedondon dengan kapsyen yang hanya menguatkan spekulasi hubungan cinta di antara mereka.

 

View this post on Instagram

 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang menyuarakan pendapat tentang jarak usia yang begitu jauh antara Intan yang bakal menyambut hari jadi yang ke-38 pada Jun ini dan Harris yang menginjak 21 tahun pada September akan datang.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan cinta tidak mengenal usia dan merasakan Intan dan Harris kelihatan serasi dan sepadan.

Terdahulu, Intan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Kamal Adli tetapi hubungan itu berakhir kira-kira 6 tahun lalu.

17 tahun mungkin satu jarak usia yang jauh pada sesetengah orang…terutama sekali apabila yang lebih berusia itu kaum wanita, tetapi perbezaan umur pelakon jelita, Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin juga 11 tahun dan mereka masih kekal bahagia. Jadi, apa pun tak mustahil bukan?

Kredit: Rotikaya

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Raya Yang Sederhana Bagi Che Ta Dan Keluarga

Read Next

Tiada Foto Berhari Raya Bersama Suami, Bella Dikatakan Sudah Bercerai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *