GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Penularan wabak COVID-19 tidak menghalang selebriti menyambut Syawal dalam keadaan yang meriah bersama keluarga tercinta walaupun terpaksa berhari raya di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Baca: Raya PKPB? Tak Ada Masalah! 10 Foto Selebriti Melaram Di Pagi Raya
Walau bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang seakan-akan menyambut Aidilfitri keseorangan tanpa suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak tirinya, Engku Aleesya di sisi.
Baru-baru ini, Bella memuat naik foto dirinya di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen, “Selamat Hari Raya dari saya dan tas kesayangan serta skaf.”
Foto itu menimbulkan tanda tanya mengenai status perkahwinan Bella di kalangan pengikutnya kerana sebelum ini, Bella pasti akan memuat naik foto bersama suami, lebih-lebih lagi bersama Aleesya kerana hubungan mereka yang rapat setelah berkahwin.
Ini menguatkan lagi desas-desus bahawa Bella dan Engku Emran sudah bercerai apabila tahun lepas, Bella bertindak memadamkan semua fotonya bersama suami.
Namun demikian, pihak Bella mahupun Emran mengambil langkah untuk berdiam diri dan kedua-duanya tidak mengiyakan spekulasi ini.
Sekadar info, Emran dan Bella mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2017.
Terdahulu, Emran pernah berkahwin dengan pelakon jelita, Erra Fazira pada tahun 2007 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.
Rumah tangga Emran dan Erra akhirnya berakhir dengan penceraian pada tahun 2014.