Tulis Lirik, Masak Ngiu Chap…Stacy Seronok Duduk Rumah

Penyanyi popular, Ummu Shaikhah Stacy Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy (30) berasa seronok kerana walaupun terpaksa ‘berkurung’ di rumah bersama keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dia dapat menggunakan masa yang berharga itu untuk duduk di rumah bersama suami dan anak-anak.

Isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini berkata dia begitu menghargai masa yang dapat mereka kecapi sebagai satu keluarga lebih-lebih lagi, apabila kerjaya mereka di dalam bidang nyanyian membuatkan mereka begitu sibuk dan jarang berada di rumah.

“Sejak penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, saya memang di rumah sepenuh masa bersama suami dan anak-anak.

“Terasa seronok juga bila sepenuh masa bersama keluarga terutama melihat dan melayan karenah mereka.  Bella (8) dan Eshal (3), kedua-duanya paling gembira.

“Maklumlah, membina kerjaya dalam industri seni ini waktu kerjanya selalu tak menentu.  Ditambah, saya dan Akim pula masing-masing sentiasa sibuk.” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, sejak ‘berkurung’ dia dapat menggilap bakat di dalam bidang penulisan lirik lagu yang disokong sepenuhnya oleh suami tersayang.

Pada Anugerah Juara Lagu 2019, lagu Rampas nyanyian Akim & The Majistret, lagu ciptaan Hang Nadim dan Laq dan lirik lagu ditulis oleh Bunga Cantik, iaitu nama pena bagi Stacy berjaya ke peringkat akhir AJL ke-34.

“Sekarang, saya semakin berminat menulis lirik lagu.  Apatah lagi, ada beberapa karya dihasilkan secara bersama dengan Akim.

“Malah, yang pasti lagi hubungan kami bertambah erat.  Masa bersama untuk berbincang dah banyak termasuk kami berpeluang bertukar pendapat dalam pelbagai perkara menjurus keluarga dan kerjaya,” katanya lagi.

Pada bulan Ramadan yang lalu, Stacy dan Akim mengambil kesempatan untuk menjalankan perniagaan Ngiu Chap atau ‘beef noodle soup’ dari rumah.

Malah, anak mereka, Bella turut membantu ibunya menyiapkan pesanan Ngiu Chap sebelum diambil oleh ‘runners’ untuk dihantar ke rumah pelanggan.

Malah, Akim juga ‘turun padang’ membantu Stacy membeli barang-barang keperluan untuk memasak Ngiu Chap di pasar seperti yang dikongsikan Stacy di Instagramnya.

Terdahulu, Akim dan Stacy melangsungkan pernikahan pada 5 Februari 2016 di Hotel Shangri La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal yang kini berusia 3 tahun dan seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang berusia 8 tahun.

Kredit: Harian Metro dan Instagram @stacyanam @mitets_cooks

 

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Aafiyah Dan TokTi Bermain TikTok…Comelnya!

Read Next

Neelofa Kecewa Dengan Akaun Media Sosial Palsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *